Udang lagi.. sbb nak habiskan udang yg dh lama kat dalam peti ais tu.. resepi dari kak maria... first time try terus jatuh cinta!! antara masakan udang yang paling sedap pernah Ida cuba.. thanks kak maria.. lebiuuu
Mintak copy/paste resepi udang ni ye kak maria.. senang nak rujuk lain kali :)
Mintak copy/paste resepi udang ni ye kak maria.. senang nak rujuk lain kali :)
Bahan-bahan :
10 ekor udang
3 sb sos cili
3 sb sos tomato
3 sb sos tiram
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar -dipotong bulat
1 hiris limau nipis
1 biji tomato dan sedikit daun sup - dipotong
1 Bawang putih *
3 bawang merah *
1/2 inci halia *
*ditumbuk sebagai bahan tumisan
Cara-cara :
1. Udang digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumisan. Masukkan ketiga-tiga sos, kacau sebentar dan masukkan udang.
3. Masukkan bawang besar, tomato dan akhir sekali masukkan daun sup.
4. Tutup api dan perahkan sedikit asam limau.
5. Sedia untuk dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment