Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Maccheroni Soup


For those of you who want a quick satisfying lunch or dinner of warm soup or those who wanna do something different with a pack of macaroni, I would suggest you to try this macaroni soup. This soup is quick and easy to put together and it also tastes great! You can serve it up as a complete meal and I'm sure it will be a real treat for your kids and for adults too.
-
Note: the original recipe is by kak masz but recipe is copied from Ika's blog. To kak masz and dik ika, thanks a zillion! :)
-
-
Bahan2:

Makaroni (secukupnya)
3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
1sdk lada hitam - tumbuk
bebola daging - secukupnya
2 kiub lembu/tulang rusuk
2ltr air/ secukupnya
segengam soohoon
sayur-sayuran - carrot, kobis, taugeh atau sawi
-
Bahan sampingan:

ikan bilis kecil/halus - digoreng
daun sup/bawang - dihiris
bawang goreng
Cili tumbuk

Cara2:

1. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
2. Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi.
3. Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak.
Masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam.
4. Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang.

Friday, July 31, 2009

Fettuccine Goreng Tomyam


Ni dinner mlm ni... biasanya fettuccine ni Ida mkn dgn sos carbonara atau alfredo tapi kalau dah sokmo buat camtu jemu gak kan?? sekali sekala nk jugak rasa yg lain.. fikir punya fikir nk msk camne.. Ida decide buat fettuccine goreng tomyam.. wahhh.. not bad, sedappp.. lebih sedap drpd carbonara or alfredo.. heheh


Friday, July 24, 2009

Honey Cream Shrimp


Ni satu lagi menu yg ringkas dan boleh dicuba.. rasanya pun ok.. not bad.. ala2 ebi mayo Ringo MyR tapi yg ni ada madu.. cuma Ida terkonfius skit la.. tajuk resepi guna shrimp tapi dlm resepi suruh guna udang saiz L or XL lak.. Apa yg Ida faham shrimp ni smaller than prawn.. tapi Ida ikut resepi gak la... guna udang saiz L

According to tuan punya resepi, hidangan ni sesuai dimakan dgn roti.. tapi Ida tk mkn dgn roti ye... Ratah camtu jerr....

Resepi by thumbelina.. thank u so much!

Saturday, July 18, 2009

Asari Spaghetti Tomato


Buat lagi asari spaghetti tapi kali ni bersos la pulak.. Ida guna sos homemade.. terajin la skit hari ni buat spaghetti sos sendiri.. sebabnya dh jemu mkn sos beli.. yg pasti buat sendiri lebih sedap dr beli..


Oppsss.. lupa nk bagitau tadi asari tu dlm bahasa jepun ye kawan2.. maksudnya lala dan sepupu sepapat dia la.. hehehe Resepi spaghetti ni by kak hana.. thanks kak hana.. lebiuuuu



Ni la dia sos spaghetti yg Ida buat sendiri..

Bahan2:
500 gram daging cincang (Ida letak lala)
1 biji bawang besar - dicincang
1 biji bawang putih - dicincang
50 gram tomato - dicincang
100 gram tomato puri
150 gram sos tomato
2 2b daun parsley - dicincang
1 sb gula perang
1 cwn air rebusan daging
1 sk oregano
1 sk daun basil kering
1 sk garam
3 sk serbuk lada putih
sedikit minak zaitun
Cara2:
1. Lerai2kan daging cincang dgn garfu.
2. Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang besar & bawang putih. Kemudian masukkan daging cincang serta bahan2 yg lain. Kacau sehingga sebati
3. Tutup periuk dan masak dgn api sederhana.

Thursday, July 09, 2009

Fettuccine Alfredo

Apa beza alfredo & Carbonara sauce? Yg Ida tau.. alfredo sauce ni kena guna cheese, butter & heavy cream manakala carbonara lak ada campuran telur, cream & black pepper.. tul ke tu? apa2 pun kita msk apa2 yg kita suka.. ikut selera sendiri.. so, letak je la apa2 yg kita rasa sedap.. betull tak?? hehehe ;)
Bahan2:
Fettuccine
2 sb mentega / marjerin
3 biji bawang putih - dicincang
1 sb tepung gandum
1 cwn susu segar
1/2 cwn keju parmesan - diparut
1/4 sk serbuk lada putih
1/4 cwn daun parsley - dicincang

Cara2:
1. Sediakan fettuccine mengikut arahan pada paket. Masukkan sedikit minyak dan garam. Kalau nk menggunakan marjerin untuk sos nya nanti tak payah masukkan garam sbb marherin dh masin. Angkat dan toskan fettuccine.
2. Cairkan mentega/marjerin di dalam saucepan. Masukkan bawang putih. Kacau selama lebih kurang 1 minit.
3. Masukkan tepung gandum. Selepas itu, tuang susu perlahan2.
4. Masak sehingga sos menjadi pekat. Kacau dgn kerap untuk mengelakkan sos hangus.
5. Masukkan keju dan serbuk lada putih. Masak sehingga cair.
6. Tuang sos di atas fettuccine. Tabur dgn daun parsley.

Monday, July 06, 2009

Ebi Spaghetti


Tadi balik keje mmg lewat skit.. maklumla semester baru dh buka so busy la dgn pelajar2 baru.. Ida pun dh nk start kelas esok.. Sbb pulang pun dh maghrib, Ida decide nk masak simple2 aje.. teringat asari spaghetti kak hana.. so on the way back home terus singgah pasaraya.. nk cari asari.. tapi takde la plak hari ni asari tu.. frust betul.. so ida ganti dgn udang.. sedappp.. like it! tapi terkilan la gak.. kita nk asari.. takpe.. nanti dh jumpa asari tu.. kita buat lagi.. thanks kak hana for the recipe.. simple, cepat & sedap gitu!

Saturday, June 13, 2009

Spaghetti Carbonara

Lunch simple je hari ni.. tapi simple2 pun banyak gak kalori nih hehe..

Bahan2:
100 gram spaghetti
1 sb minyak zaitun
3 keping beef bacon - dihiris kecil2
1 biji kuning telur
15 gram keju parmesan
2 sb krim
2 sb daun parsley - dicincang
garam & serbuk lada hitam

Cara2:
1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan spaghetti, minyak zaitun & garam.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng beef bacon sehingga masak. Tutupkan api.
3. Di dalam mangkuk, satukan kuning telur, krim & keju parmesan.
4. Toskan spaghetti yg masih panas. Masukkan spaghetti ke dalam beef bacon yg telah digoreng tadi. Campurkan campuran kuning telur, krim & keju parmesan. Kacau sehingga sebati. Kuning telur akan masak dgn sendiri bila dikacau dgn spaghetti yg masih panas tadi.
5. Taburkan sedikit garam, serbuk lada hitam & daun parsley yg telah dicincang tadi. Kacau sebati. Hidangkan