Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Monday, September 14, 2009

Daging Blackpepper


cuba resepi kak nor lagi hari ni.. kali ni daging blackpepper lak.. sedappp.. semua family members suka.. tak sia2 mencuba.. thanks kak nor.. tapi Ida buat terkering sikit.. next time Ida try buat berkuah la plak..

Bahan-bahan:

500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara-cara :

1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Tuesday, June 23, 2009

Daging Lada Hitam & Brokoli


Puas fikir nk msk apa hari ni.. semalam dh masak sotong.. last 2 days masak udang.. hari ni masak daging lak.. Resepi asal Daging Lada Hitam Bersama Cendawan & Brokoli by ayu898 MyR.. ada letak cendawan butang.. tapi dh puas mencari fresh cendawan butang kt Giant tadi tak ada la pulak.. nk beli yg dlm tin tak sedap.. walaupun tanpa cendawan butang daging lada hitam ni tetap best!

Thursday, June 11, 2009

Pad Siew


Hari ni lambat skit update.. busy dgn class with budak2 from China tu.. pastu nk masak pad siew ni kena tunggu lak lebih kurang sejam untuk perap daging baru dia meresap.. sepatutnya kena 2 atau 3 jam.. tapi nk cepat punya pasal.. sejam pun jadila..

Kepada sesiapa yg nak mencuba, Ida sertakan resepinya kt bawah k..

Bahan2 untuk perap daging:

1 sb halia muda - dicincang halus
3 biji bawang putih - dicincang
1 sb tepung jagung
1 sb sos ikan
2 sb kicap pekat
1 sb sos tiram
1 sb gula melaka (boleh juga guna gula biasa)
1 sk minyak bijan
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sb daun bawang - dicincang
1 sb bawang merah - dicincang
1/2 kg daging - dihiris nipis

Bahan2 lain:

2 cwn thai rice noodles
2 sb kicap pekat manis
1 cwn brokoli - dihiris
2 sb sos ikan
1 sb gula melaka
1 sb sos tiram
2 biji telur - dipukul
1/2 sk serbuk lada sulah

Cara2:

1. Satukan semua bahan2 untuk perapan bersama dgn daging. Perap lebih kurang1 - 3 jam.

2. Rendam rice noodles di dalam air suam selama 3o minit. Kemudian bilas dgn air biasa. Panaskan air dalam periuk. Masukkan rice noodles selama 1 minit. Keluarkan dan bilas dgn air biasa sekali lagi. Toskan.

3. Letak rice noodles dalam mangkuk dan gaulkan dgn kicap pekat manis, sos ikan, gula melaka & sos tiram. Ketepikan.

4. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak dan goreng daging yg diperap tadi sehingga masak.

5. Masukkan rice noodles, & brokoli. Kacau sehingga sebati.

6. Buat sedikit lubang ditengah2 kuali, kemudian masukkan telur yg telah dipukul. Tunggu beberapa saat sebelum dikacau sebati bersama dgn noodles & brokoli tadi.

7. Angkat dan taburkan sedikit serbuk lada sulah. Hidangkan.

Tuesday, June 09, 2009

Ginger Beef Kue Teow


Wahh... susah jugak ada blog ni yek.. mau kena update & hari2 kena cari idea nk masak apa heheh jadi satu kerja lak :D heheh... Menu untuk hari ni konon2nya chinese style.. Ginger Beef kue Teow ni ada jugak org panggil Kue Teow Kung Fu Daging Halia.. Ida mmg suka sgt chinese food ni.. maklum la darah keturunan cina.. so bagi apa saja masakan cina, pasti licin heheh :D

Untuk resepi Ginger beef Kue Teow ni, sila rujuk kt bawah ye..

Bahan2:
250 gram kue teow
2 cawan air rebusan daging
100 gram daging lembu - dihiris lebar & nipis
1/2 cwn kobis cina & carrot - dihiris
2 sb halia muda - dihiris lebar & nipis
1 biji bawang putih - diketuk
1 biji telur
1 sb kicap masin
1 sb sos tiram
1/2 kiub ayam
sedikit bancuhan air & tepung jagung
Vegetable oil
Daun bawang
Cara2:
1. Gaulkan kue teow dgn kicap masin & sedikit vegetable oil di dalam mangkuk. Kemudian goreng kue teow tadi sebentar. Angkat dan letakkan di dalam pinggan lebar.
2. Tambahkan sedikit minyak di dalam kuali yang sama. Gorong daging bersama halia sehingga daging garing & masak. Angkat dan letakkan daging atas kue teow tadi.
3. Untuk kuahnya pula, di dalam kuali yg sama goreng bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan air rebusan daging. Biarkan mendidih.
4. Kemudian, masukkan sos tiram, sayur, kiub ayam & bancuhan tepung jagung tadi. Kacau.
5. Akhir sekali, masukkan telur. Kacau perlahan2. Biarkan sebentar. Kemudian, boleh tuang kuah ke atas kue teow tadi. Taburkan daun bawang.
6. Boleh dimakan bersama dgn lada jeruk. Selamat Mencuba.

Sunday, June 07, 2009

Daging Merah



Thanks kak as sbb pasang reben kt blog kita... so, untuk lunch hari ni Ida masak daging merah, resepi kak as sempena org pertama yg merasmikan blog ni.. :) mmg dh jadi favorite daging merah ni... simple sgt2.. sedap lak tu.. amacam kak as? terliur tak? ;) hehehe...

Untuk resepi daging merah ni, boleh rujuk di myresipi.com ye..