Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Thursday, October 22, 2009

Sardine Curry & Honeydew Pudding

I've tried so many of dayang's recipes and they are all great! I am glad that she posted an easy sardine curry recipe coz I am into simple these days. For all those who love curry, this is for you. Enjoy ;)

My sardine curry..

Honeydew Pudding... just perfect for after a small or big meal.

Want some.....? ;) opppss, sorry dh abis la :D

Wednesday, October 07, 2009

Ikan Goreng & Sayur Goreng Campur


Ni menu yang paling ringkas... ikan kembung goreng & sayur goreng campur... errr.. betul ke menu paling ringkas? ke menu paling pemalas?? hahahah hmmm memang tengah malas pun ni.. :D Layan je la gambar2 ni ye.. nk bagi resepi rasanya semua dh tau nk goreng ikan & goreng sayur.. hihihi

Monday, October 05, 2009

Tongkol Goreng Asam Jawa


Ikan aya again! never get tired of ikan aya and i'm looking forward with great anticipation to any easy, versatile & tasty ikan aya recipes posted by blogger friends.. would love to try 'em out baby!
Wokey... back to this recipe, I would say it is a recipe that everyone will enjoy.. quick and easy and will most probably become a favorite fish dish on your table.. Thanks sue.. loved it.. makan ni hari2 pun tak pe.. hehehe :D
Here's the recipe:
Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
1-2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
Serbuk perasa-tak letak pun takpe
1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..

Sunday, October 04, 2009

Singgang Ikan Aya


oh god.. how i missed this singgang ikan aya.. never had the chance to make this singgang during the Ramadhan month although I wanted so much (was busy trying out other recipes LOL :D) until today and I managed to lepas geram la... hehehe

Sunday, September 13, 2009

Siakap Bakar Tomyam


ikan siakap lagi.. semalam buat siakap goreng bercili & mangga.. hari ni try siakap bakar tomyam lak.. ikan siakap ni mmg ikan favorite.. tapi kena siakap laut la.. siakap sungai kurang suka skit.. resepi ambik kat umah kak hana.. tapi resepi asal dari buku masakan chef hanieliza..
Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil

Bahan Kisar:

2 biji cili merah
3 biji cili api
3 batang serai (ambil bahagian putihnya)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak:

1. Gaulkan semua bahan yang dikisar serta pes tomyam dan tuangkan ke dalam alluminium foil. (*jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya dah masin)
2. Letakkan ikan, daun limau purut dan tomato. Kemudian bungkus kemas ikan tersebut.
3. Letakkan di dalam kuali (non-stick pan) dan bakar di atas api sederhana selama 30 minit.
4. Tutup api dan perah air nipis/kasturi semasa menghidang.

Saturday, September 12, 2009

Siakap Goreng Bercili & Mangga


Dh lama berkenan resepi siakap goreng bercili & mangga ni actually masa jalan2 kt umah kak hazila tapi belum sampai seru lagi nak buat.. nk dijadikan cerita mangga depan umah ida tu berbuah lagi ( mmg kerap pokok tu berbuah.. ida pun tak tahu nk buat apa hehehe) so jadi jugak buat ikan ni akhirnya.. looks tempting rite?? karang berbuka baru leh rasa.. :) thanks kak zila..



Bahan Bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
4 ulas bawang putih
4 biji cili padi
3 camca besar sos cili thai
1 biji mangga muda - diparut
Sedikit lobak merah - diparut
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan
Sedikit air1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
Cara cara:

1. Ikan siakap dicuci bersih dan diletak garam kunyit dan digoreng garing. Ketepikan.
2. Bawang putih dikisar lumat dan cili padi di hiris nipis.
3. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau, masukkan sos cili thai dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
4. Letakkan ikan di dalam serving plate, tuangkan kuah ke atas ikan tadi.
5. Gaulkan mangga muda,lobak merah dan bawang besar. Letakkan diatas ikan dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
6. Sedap dinikmati dengan nasi panas.

Thursday, September 10, 2009

Ikan Bawal Golek


kt trg ni ikan percik dipanggil ikan golek.. :) kalau ayam percik.. ayam golek lah.. hahahah..

Wednesday, September 09, 2009

Asam Pedas Ikan Merah


Terasa nk makan asam pedas hari ni.. balik keje tadi terus gi pasar cari ikan merah.. Ida try resepi dari kak jun.. asam pedas melaka.. resepi kak jun tu guna ikan tenggiri.. belum boleh rasa lagi nih... karang ler tunggu berbuka.. ;)
Bahan2:

3 keping ikan tenggiri (Ida guna ikan merah)

Bahan2 kisar:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/2 in kunyit
1/4 sudu teh lada hitam

Bahan2 tumis:

1/2 biji bawang besar
1/4 sudu teh halba
1/4 sudu teh biji sawi
2 tangkai daun kari
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan
daun kesum
air
air asam jawa
garam n gula
minyak
1 biji tomato-potong
kacang bendi

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. tumis bahan2 tumis. pastu masukkan bahan2 kisar. garing sket, masukkan air asam jawa. kemudian, masukkan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain tu.


Saturday, August 22, 2009

Ikan Bawal Sweet Sour


Selain udang galah masak lemak, Ida buat jugak ikan bawal sweet sour ni. Di bawah Ida kongsikan bahan2 & cara2 Ida masak ikan sweet sour ni... my style lah.. orng kt umah ni puji sodappppp.. hahaha.. ala... kalau bukan diaorg yg puji sapa lagi kan.. takkan diri sendiri lak hihihi

Bahan2:

2 ekor ikan bawal - dibersihkan

4 ulas bawang putih - dimayang

2 biji bawang besar -dimayang

3 sudu besar cili kering kisar

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1/2 sudu besar stok ayam pekat maggi

1 batang timun - dibuang pulur & dipotong dadu

1/2 biji mangga - dipotong dadu

5 btg cili padi - dihiris

Gula, garam, ajinomoto - jika perlu

Minyak

Cara2:

1. Ikan dilumur garam & serbuk kunyit dan digoreng sehingga garing. Angkat & toskan minyak. Letakkan di dalam pinggan besar.

2. Panaskan minyak dan goreng bawang putih & bawang besar yang telah dimayang tadi sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Goreng sehingga pecah minyak.

3. Masukkan sos cil, sos tomato, sos tiram & stok ayam pekat. Goreng lagi.

4. Masukkan cili padi, timun serta mangga.

5. Perasakan dgn bahan2 perasa jika perlu.

6. Angkat dan siram kuah ke atas ikan. Hidangkan.

Tuesday, August 04, 2009

Kembung Masak Sambal


Lamanya tak update blog.. tuan rumah tak gi memana.. ada je cuma selera mkn terbantut skit time bulan mengambang ni hehe.. dia nk mkn benda2 mengarut je.. layan la jugak.. bayangkan tengah hujan ribut sanggup kuar gi beli McDonald's.. siap redah hujan lagi tu hehe :D nasib baik tak demam..

Okla.. selera dh ada skit kot.. tapi nk mkn yg msm2.. mcm org pregnant je aku ni hehe.. so, ida buat ikan kembung masak sambal.. resepi ambik kt umah zaiy .. Thanks zaiy.. selamat berkenalan ye :)


Sunday, July 12, 2009

Kerapu Tiga Rasa


Besar tak mulut ikan tu?? Macam dia plak yg nk ngap kita kan? hehe.. semalam ada mkn2 skit kt umah my parents.. my uncle bagi byk sgt ikan yg dia tangkap so my mum suruh dtg masak ikan2 tu.. mula2 cadang nk gi restoran suruh diaorg masak je ikan2 tu.. last2 ubah fikiran.. masak sendiri lagi baik.. menu smlm mmg ikan je.. ada ikan tiga rasa, ikan masak tomato & ikan stim.. Ida sempat ambik gambar ikan tiga rasa ni aje.. yg lain2 tak sempat.. hehe

Tuesday, July 07, 2009

Bawal Masak Taucu


Resepi asal kerapu masak taucu oleh mama kastam tioman tapi ikan kerapu takde kt pasat tadi so Ida ganti dgn ikan bawal.. sedap mkn dgn nasi panas2.. thanks mama :)

Wednesday, July 01, 2009

Kembung Masak Kuali


Sedap gak ikan masak macam ni.. resepi by che'iza MyR.. mmg famous resepi ni kt MyR tu.. feedback pun ok..

Sunday, June 21, 2009

Sardin Masak Tumis


Jarang benar masak sardin ni actually kecuali rasa teringin.. Resepi oleh uncle fatah MyR