Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Friday, October 16, 2009

Mee Bandung Simple


Oh dude, this is without a doubt the best mee bandung recipe I've tried. It's very quick and easy to make too. tak payah kisar udang kering or kacang tanah, tak payah rebus ubi kentang or keledek, yet the taste is still adorable. I really enjoyed making this recipe. Most of the ingredients you should already have in your fridge or pantry. Absolutely delicious served up with sambal cili & kicap . Very nice. Thank You kak pah sherry (tuan punya resepi ) & kak ummizaihadi :)

Bahan2:

Mee kuning - basuh, celur dan toskan
100 gm udang basah
100 gm daging - hiris nipis
5 batang crab stick - kerat 2
2 biji telor
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tomato puree
1 biji bawang besar - belah 4
4 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 kiub pati ayam Maggi
Garam
sedikit gula
lada sulah
1 batang lobak merah - potong kecil
200 gm bunga kobis - potong kecil
15 tangkai snow peas -
1 biji tomato - belah 6
3 - 4 cawan air/secukupnya
Minyak


Bahan sampingan:

Bawang goreng
Tauhu - goreng kekuningan dan potong kecil
Daun sup & daun bawang - hiris halus
Lada kicap - cili merah dihiris dan campurkan dgn kicap cair n perahan lemon


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili kisar hingga wangi. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili dan sos tiram, kacau rata. Masukkan bawang besar, kemudian kicap cair.
2. Masukkan daging dan tuangkan sedikit air, biarkan empuk baru masukkan udang dan crab stick. Tuangkan air dan biarkan mendidih, masukkan semua sayuran dan kiub pati ayam, garam, gula dan lada sulah. Seimbangkan rasa. Akhir sekali pecahkan telor terus ke dalam masakan dan perlahankan api. Biar telor masak dan matikan api.
3. Untuk hidangan, letak mee dalam mangkuk, tuangkan kuah dan letak bahan sampingan tadi.


Thursday, October 15, 2009

Asam Laksa Baba & Nyonya


Gosh, it’s been 'forever' since my last post! LOL! :D I haven't been able to cook at home much lately due to work commitments, so I've been eating out a lot. sbb tu la takde update.. Yah, I normally prepare my own meals, but sometimes I have to 'menapau' or eat outside especially when I don't have time to cook!

Wokey, today I was quite free, so when I saw this asam laksa recipe on
myresipi.com posted by eqyin, I instantly walked into my kitchen and made them. They were simple to make as well as delicious!

Saturday, October 10, 2009

Maggi Goreng Pedas


Hari ni Ida try masak maggi goreng untuk lunch merangkap dinner sekaligus.. ambik resepi kt umah love2cook.. patut ler ur hubby suka sgt2 maggi goreng ni ye my fren.. mmg sedap! kita yg kurang suka maggi pun leh makan sampai habis.. tak cukup lak tu hahaha.. I liked it, thanks a lot my fren ;)

Bahan-bahan:

2 bungkus Maggi (celurkan dlm air yang sudah mendidih, dah lembut..toskan)
4 bawang merah (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu besar penuh cili kering kisar/ cili boh
2 biji telur
2 ketul tauhu (potong dadu dan digorengkan terlebih dahulu...tabur sedikit garam ketika menggorengnya)
sayur (boleh guna sawi/ kubis)
kicap cair
4 tangkai cili padi (optional)
1 peket perencah kari Maggi
daun bawang (potong kecil2)
minyak masak


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Pecahkan telur, tuang kicap cair dan kacau hingga telur masak.
4. Tambahkan sayur, cili padi dan tauhu. Kacau rata.
5. Masukkan maggi mi dan perencah kari maggi. Gaul sebati.
6. Pastikan maggi goreng anda cukup rasa...kalau tak cukup tambah kicap cair aje.
7. Dah siap, taburkan daun bawang di atasnya. Sedia dihidang...!
***Jika x mahu maggi hancur ketika menggaul, buat perlahan2...ataupun gunakan 2 garfu dan gaul.

Friday, October 09, 2009

Mee Ladna Seafood


Bahan2:

100 gram mee kuning
1 sb minyak sayuran
1 sb kicap pekat
isi sotong & udang
1 sb tepung jagung
sayur-sayuran seperti bunga kobis, baby corn, carrot, dll
2 ulas bawang putih - dicincang kasar
1 cawan stok ayam
1 sb sos ikan
1 sb sos tiram
gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper

Cara-cara
1. Gaulkan isi sotong & udang sedikit tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.
2. Di dalam mangkuk, gaulkan mee kuning dengan minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan isi udang & sotong yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan sayur-sayuran, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas mee tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper.

Tuesday, October 06, 2009

Mee Goreng Mamak Simple


I was craving mee goreng mamak so I when found this Mee Goreng Mamak recipe I was stunned to see how simple it looked. I loved it!

Bahan2:

500g mee kuning (basuh dgn air panas)
isi ayam (dipotong kecil), udang atau sotong
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji telur ayam
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
sedikit kicap masin
2 keping tauhu - dihiris dan digoreng hingga garing
2 sudu besar air
2 tangkai sayur sawi
3 sudu besar minyak untuk menumis
3 biji lada kering (direndam air panas) *
1 ulas bawang putih *
2 butir bawang merah kecil *
Setengah cm halia *
*dikisar halus

Cara2:

1. Panaskan kuali.
2. Goreng bawang putih hingga berbau.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing(keluar minyak).
4. Masukkan isi ayam, udang atau sotong. Goreng lagi. Masukkan tauhu yg telah siap digoreng tadi.
5. Tambah sos tomato, kicap manis, kicap pekat & kicap masin serta sedikit air. Kacau rata.
6. Masukkan mee kuning. Kacau hingga sebati. Kuatkan api.
7. Masukkan telur ayam. Biarkan sekejap sebelum dikacau hingga agak kering.
8. Masukkan sayur sawi & serbuk lada sulah. Kacau hingga sebati.
9. Tutup api dan hidangkan bersama timun & perahkan air limau kasturi.



Thursday, August 06, 2009

Lam Mee


ni menu semalam.. sorry la ye kengkawan.. comot skit.. keje org tgh malas tu.. hihihi..

Friday, July 31, 2009

Fettuccine Goreng Tomyam


Ni dinner mlm ni... biasanya fettuccine ni Ida mkn dgn sos carbonara atau alfredo tapi kalau dah sokmo buat camtu jemu gak kan?? sekali sekala nk jugak rasa yg lain.. fikir punya fikir nk msk camne.. Ida decide buat fettuccine goreng tomyam.. wahhh.. not bad, sedappp.. lebih sedap drpd carbonara or alfredo.. heheh


Tuesday, July 21, 2009

Mee Udang


Sapa2 nk buat mee udang ni, boleh tengok resepinya kt sini ye.. resepi by che'iza ambik kt myr

Saturday, July 18, 2009

Asari Spaghetti Tomato


Buat lagi asari spaghetti tapi kali ni bersos la pulak.. Ida guna sos homemade.. terajin la skit hari ni buat spaghetti sos sendiri.. sebabnya dh jemu mkn sos beli.. yg pasti buat sendiri lebih sedap dr beli..


Oppsss.. lupa nk bagitau tadi asari tu dlm bahasa jepun ye kawan2.. maksudnya lala dan sepupu sepapat dia la.. hehehe Resepi spaghetti ni by kak hana.. thanks kak hana.. lebiuuuu



Ni la dia sos spaghetti yg Ida buat sendiri..

Bahan2:
500 gram daging cincang (Ida letak lala)
1 biji bawang besar - dicincang
1 biji bawang putih - dicincang
50 gram tomato - dicincang
100 gram tomato puri
150 gram sos tomato
2 2b daun parsley - dicincang
1 sb gula perang
1 cwn air rebusan daging
1 sk oregano
1 sk daun basil kering
1 sk garam
3 sk serbuk lada putih
sedikit minak zaitun
Cara2:
1. Lerai2kan daging cincang dgn garfu.
2. Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang besar & bawang putih. Kemudian masukkan daging cincang serta bahan2 yg lain. Kacau sehingga sebati
3. Tutup periuk dan masak dgn api sederhana.

Monday, June 15, 2009

Mee Kari


ish.. ish.. mee lagi.. cam tak de benda lain nk msk kan.. nk buat camne.. terpaksa.. kalau tak membazir la mee... kena habiskan jugak.. sbb nk kurangkan skit kejemuan kawan2 semua, hari ni masak lain la skit.. mee kari.. smlm dh mee goreng..

Mee kari ni mmg kena la dgn taste Ida.. nk tau kenapa? sbb rasa dia tak muak.. kredit untuk pencipta resepi mee kari ni - ibu dayang jack.. dan resepi ni dikongsi oleh dayang kt MyR.. Thanks dayang!


Kepada pengunjung2 blog ni, Ida ucapkan salam kenal & terima kasih kerana sudi singgah. Kalau rajin tu, tinggal la sepatah dua kata ye.. & juga selamat menjamu selera.. hehe :)

Sunday, June 14, 2009

Mee Mamak Special


Hari ni mmg letih la.. walaupun class 2 jam je dgn bebudak from China tu tapi mmg letih dibuatnya.. tapi ok la jugak.. at least bebudak tu takde la yg tak leh cakap omputih langsung.. kalau tak, lagi letih la aku! Sebab letih sgt2, selera makan pun takde.. tapi kena makan gak.. I need energy.. fikir2 nk masak apa.. last2 goreng mee mamak special ni.. sedap jugak makan sekali sekala ye.. hehe.. Resepinya Ida ambik kt mana lagi.. MyR la.. hehe.. ;)

Minta maaf la semua ye.. hari2 asyik post gambar noodles je.. Ida mmg jarang sgt makan nasi.. masak lak untuk sorang.. so, tak leh la banyak2.. sapa nk makan hehe.. kita sorang je kt umah ni ;)

Thursday, June 11, 2009

Pad Siew


Hari ni lambat skit update.. busy dgn class with budak2 from China tu.. pastu nk masak pad siew ni kena tunggu lak lebih kurang sejam untuk perap daging baru dia meresap.. sepatutnya kena 2 atau 3 jam.. tapi nk cepat punya pasal.. sejam pun jadila..

Kepada sesiapa yg nak mencuba, Ida sertakan resepinya kt bawah k..

Bahan2 untuk perap daging:

1 sb halia muda - dicincang halus
3 biji bawang putih - dicincang
1 sb tepung jagung
1 sb sos ikan
2 sb kicap pekat
1 sb sos tiram
1 sb gula melaka (boleh juga guna gula biasa)
1 sk minyak bijan
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sb daun bawang - dicincang
1 sb bawang merah - dicincang
1/2 kg daging - dihiris nipis

Bahan2 lain:

2 cwn thai rice noodles
2 sb kicap pekat manis
1 cwn brokoli - dihiris
2 sb sos ikan
1 sb gula melaka
1 sb sos tiram
2 biji telur - dipukul
1/2 sk serbuk lada sulah

Cara2:

1. Satukan semua bahan2 untuk perapan bersama dgn daging. Perap lebih kurang1 - 3 jam.

2. Rendam rice noodles di dalam air suam selama 3o minit. Kemudian bilas dgn air biasa. Panaskan air dalam periuk. Masukkan rice noodles selama 1 minit. Keluarkan dan bilas dgn air biasa sekali lagi. Toskan.

3. Letak rice noodles dalam mangkuk dan gaulkan dgn kicap pekat manis, sos ikan, gula melaka & sos tiram. Ketepikan.

4. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak dan goreng daging yg diperap tadi sehingga masak.

5. Masukkan rice noodles, & brokoli. Kacau sehingga sebati.

6. Buat sedikit lubang ditengah2 kuali, kemudian masukkan telur yg telah dipukul. Tunggu beberapa saat sebelum dikacau sebati bersama dgn noodles & brokoli tadi.

7. Angkat dan taburkan sedikit serbuk lada sulah. Hidangkan.

Tuesday, June 09, 2009

Ginger Beef Kue Teow


Wahh... susah jugak ada blog ni yek.. mau kena update & hari2 kena cari idea nk masak apa heheh jadi satu kerja lak :D heheh... Menu untuk hari ni konon2nya chinese style.. Ginger Beef kue Teow ni ada jugak org panggil Kue Teow Kung Fu Daging Halia.. Ida mmg suka sgt chinese food ni.. maklum la darah keturunan cina.. so bagi apa saja masakan cina, pasti licin heheh :D

Untuk resepi Ginger beef Kue Teow ni, sila rujuk kt bawah ye..

Bahan2:
250 gram kue teow
2 cawan air rebusan daging
100 gram daging lembu - dihiris lebar & nipis
1/2 cwn kobis cina & carrot - dihiris
2 sb halia muda - dihiris lebar & nipis
1 biji bawang putih - diketuk
1 biji telur
1 sb kicap masin
1 sb sos tiram
1/2 kiub ayam
sedikit bancuhan air & tepung jagung
Vegetable oil
Daun bawang
Cara2:
1. Gaulkan kue teow dgn kicap masin & sedikit vegetable oil di dalam mangkuk. Kemudian goreng kue teow tadi sebentar. Angkat dan letakkan di dalam pinggan lebar.
2. Tambahkan sedikit minyak di dalam kuali yang sama. Gorong daging bersama halia sehingga daging garing & masak. Angkat dan letakkan daging atas kue teow tadi.
3. Untuk kuahnya pula, di dalam kuali yg sama goreng bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan air rebusan daging. Biarkan mendidih.
4. Kemudian, masukkan sos tiram, sayur, kiub ayam & bancuhan tepung jagung tadi. Kacau.
5. Akhir sekali, masukkan telur. Kacau perlahan2. Biarkan sebentar. Kemudian, boleh tuang kuah ke atas kue teow tadi. Taburkan daun bawang.
6. Boleh dimakan bersama dgn lada jeruk. Selamat Mencuba.

Monday, June 08, 2009

Mee Tomato


hai kawan2.. thank you very much for visiting this blog.. Ida gembira sangat2.. terima kasih juga untuk segala support.. rasa bersemangat pulak nk berblogging ni.. selama ni mmg malas nk buka blog sendiri walaupun ramai yg suruh buka hehe.. thanks again.. :) hari ni masak simple je.. ni bukan spaghetti bolognese tapi mee tomato resepi dari kak asma.. Ida mmg jarang makan nasi.. satu takut gemuk.. satu lagi sbb dh selalu sgt tak ambik nasi so dah 'kalih' (bahasa org terengganu, hehe maksudnya dah terbiasa).. Kawan2, jom la try resepi mee tomato kak asma ni.. not bad.. to me, mmg kena la dgn selera.. :)

Sunday, June 07, 2009

Thai-Style Kue Teow Ladna



Untuk dinner malam ni, Ida just masak Kue Teow Ladna. Senang, simple & cepat gitu... Keistimewaan Kue Teow Ladna ni sbb dia ada letak yellow bean sauce @ taucu skit.. sebab tu la kaler dia gelap skit hehe.. Rasanya mmg ada kelainan bila letak taucu ni.. sesapa yg nak tau rasa dia camne boleh la try ye.. Resepi ni Ida ada post kat myresipi.com