Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Wednesday, October 21, 2009

Chinese Chives with Seafood


You never know until you try. Seriously, I never thought of stir-frying chinese chive leaves. Because of their stronger smell and 'oniony' flavor, I don't think to cook the leaves would be a good idea. What I normally do is I would throw in a few short lengths of chive leaves when I cook fresh bean sprouts to complete the taste. Yeah, they make a perfect partner in any stir-fry and dumpling. I stumbled upon this easy stir-fry recipe using chive leaves in a quick search of the internet and gave it a try. It made the difference and I quite liked it!

Note: The recipe is copied from Tan Wiratchada's blog.

Ingredients:

2 g shrimps
2-3 squids, cut
1 g Chinese chive flowers, cut
1 clove garlic, chopped
1 ½ tbsp fish sauce
1 tbsp oyster sauce


Preparation:

1. Chop garlic. Cut the Chinese chive flowers into 1 ½ inch long. Peel and devain shrimp. For a presentation, you can use whole shrimp (with head) and peel.
2. Heat a wok or a pan on high heat. Add a tablespoon of oil and chopped garlic and stir.
3. Add shrimp and squids when the garlic starts to brown. Stir to get the shrimp and squid somewhat cooked. The shrimp shoud start to get pinky but not all pink or cooked.
4. Add the chive flowers and stir to cook them.
5. Add oyster sauce and fish sauce. The flowers shouldn't take long to cook. You want the flowers to just cook, but not overcook and still retain their crunchiness.
6. When the color turns bright green, it indicates that they are cooked.
7. Turn off the heat and pour on a plate immediately. Serve with hot steamed rice.




Wednesday, October 07, 2009

Ikan Goreng & Sayur Goreng Campur


Ni menu yang paling ringkas... ikan kembung goreng & sayur goreng campur... errr.. betul ke menu paling ringkas? ke menu paling pemalas?? hahahah hmmm memang tengah malas pun ni.. :D Layan je la gambar2 ni ye.. nk bagi resepi rasanya semua dh tau nk goreng ikan & goreng sayur.. hihihi

Monday, October 05, 2009

Kerabu Sotong & Mangga


Found this recipe at Ijan's blog. I tried it today and it was really tasty! The mangoes that I picked 3 days ago seem to be over- ripe so I decided to do something with them sebelum mangga tu buruk. Nasib baik ada bahan2 kt dapur so apalagi.. ;) (ha.. ada lagi 2 biji kt dapur tu.. tak tahu nk buat apa... errr.. anyone got any ideas?)

Bahan2:

250 gram sotong, di rebus dan di tos dahulu
1 biji mangga muda, dicincang
1 biji cili, dihiris
5 biji cili api (kalau suke pedas boleh tambah), dihiris
3 ulas bawang merah, dihiris
1 labu bawang besar saiz sederhana, dihiris
segenggam daun ketumbar dihiris
sedikit daun bawang, dihiris
sos ikan
garam dan gula
perahan asam limau nipis

Cara2:

1. Sediakan semua bahan, campurkan di dalam mangkuk besar.
2. Masukkan sos ikan, asam limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Berhati-hati masukkan sos ikan sebab sos ni dah agak masin.
3. Sedia untuk dihidang.

Sunday, October 04, 2009

Taugeh Goreng


Bean sprouts have always been one of my favorite veggies especially if cooked with tofu & kuchai leaves.. so yummy & delicious.. cuma yg malas skit.. time nk snap off ekor taugeh tu.. adehhh.. tak kuasa aku! tapi buat la jugak coz with the tails off, bean sprouts look neat, tidy and cantik.. it also gives better taste when you cook the sprouts!
Bahan2:
50g taugeh - dibuang ekornya
3 tangkai daun kuchai - dipotong panjang2
2 ekor sotong - dihiris
1 biji cili - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
1 keping tauhu - dihiris
1sb sos tiram
sedikit ajinomoto
Cara2:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih & bawang merah. Goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan tauhu & sotong. Goreng sehingga tauhu kekuningan.
3. Masukkan taugeh, daun kuchai & cili diikuti dgn sos tiram & ajinomoto.
4. Kacau sehingga sebati.
5. Tutup api dan hidangkan.

Tuesday, September 15, 2009

Taugeh Celur


resepi dari che'iza.. simple sgt2.. dan sedapp

Bahan-bahan:

150 gm taugeh
* 2 sb air panas
* 1/2 sk serbuk pati ayam
1/2 sk kicap pekat
1 sb kicap manis
1 1/2 sb sos tiram
1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
sedikit lada sulah
secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara:

1. Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
2. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
3. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.

Sunday, September 13, 2009

Kerabu Taugeh & Kacang Panjang



tengok kerabu taugeh & kacang panjang ni kat umah dayangjack terus kecur liur... aduss tergugat iman.. heheh.. apa lagi kita try la.. wajib try ni tau kengkawan.. thanks dayang.. happy belated birthday yg ke.... dot dot dot. ( ida tau umur dayang hehehe ;))

Saturday, September 12, 2009

Salad Terung Grill


Pun buat juga akhirnya.. :) resepi ambik kt umah kak hazila jugak.. tapi salad terung grill ni berkenan nk buat masa tengok kat umah kak nor & ika..

Bahan2:

2 batang terung panjang ( Ida guna terung bulat)
1 biji telur ~ direbus ( Ida tak letak.. sbb malas hehe)
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina/daun ketumbar

Cara-cara:

1. Gril terung hingga wangi. Letak atas piring.
2. Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)3. Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.Hias dgn telur rebus.


Thursday, September 10, 2009

Kacang Panjang "The Sambal"


tak tahu nk buat apa kacang panjang ni.. goreng pun sedap gak kan.. hari ni try resepi abang rahman bestari kacang panjang "The Sambal" ... tak sabar nk berbuka nihh :)

Bahan-bahan:

1 ikat kacang panjang - anggaran 10 batang
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji cili padi - ditumbuk
1 kiub belacan atau 2 inci - ditumbuk
300gm udang kering - direndam seketika
1 biji limau kasturi
* kiub pati ayam - optional
*Garam, gula / serbuk perasa
* garam boleh ditukar dengan kiub pati ayam dan penggunaan belacan juga sudah menyediakan rasa masin.

Cara-cara:

1. Potong kacang panjang dan bersihkan.
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga terbit bau dan masukkan udang kering.
3. Masukkan kacang panjang dan renehkan seketika. Sekiranya berminat dengan penggunaan *kiub pati ayam, boleh masukkan sekali.
4. Tambahkan *garam dan gula / serbuk perasa.
5. Perahkan jus limau kasturi, gaul dan sedia untuk dihidangkan.

Friday, September 04, 2009

Kerabu Taugeh


Bahan-bahan & Cara-cara:
Taugeh
3 biji bawang merah
5 biji cili api (lebihkan kalau suka pedas)
sedikit belacan
udang kering
kelapa parut - digoreng untuk dijadikan kerisek
1 biji limau nipis
Bahan perasa

1. Tumbuk bawang merah, cili api, belacan & udang kering.
2. Celur taugeh dalam air panas mendidih. Toskan.
3. Gaulkan taugeh dengan bahan2 yg ditumbuk tadi & kerisek sehingga sebati.
4. Perasakan dengan garam, gula & ajinomoto.
5. Perahkan limau nipis.
6. Boleh dihidangkan.

Thursday, September 03, 2009

Tom Yum Soup


ni pun main campak2 gak... malas nak carik resepi tadi.. tak sempat.. :)

Saturday, August 29, 2009

Dalca


Resepi dalca ni Ida ambik kt blog CMG.. Nanti ler letak resepi k.. dh nk berbuka ni :)


Saturday, August 15, 2009

Urap Kacang Panjang & Kobis


hello my friends... apa khabar??? lamanye Ida tak mengemas rumah.. ni gara2 berkuarantin kes H1N1 tu.. alhamdulillah, dh sihat... nasib baik terus gi hospital hari tu & makan ubat serta antibiotik.. so tak sempat dia nk melarat.. so nasihat Ida.. kalau rasa je ada kemungkinan simptom2 H1N1 seperti nk sakit tekak, pening2, sakit2 badan (terutama sapa2 yg selalu berjumpa dgn orang ramai).. apatah lagi kalau selsema & demam..jgn tunggu lama2 tau.. terus gi hospital ye..
Okay.. hari ni lepak kt umah my parents.. saja.. hari jumaat kan so masa ni family members semua ada.. kalau tak, jgn harap la nk gather camni.. semua busy dgn kerja masing2.. :) our menu for lunch hari ni ketam berlada & urap kacang panjang & kobis... Ida letak gambar urap kacang panjang & kobis.. nk letak resepi rasanya tak konfiden lagi sbb main campak2 je tu hihihi.. rasa2nya urap tu macam terlebih kelapa parut lak yer.. takpe la.. first time buat tu.. :)
apa2 pun sapa2 yg nk buat kerabu camni ni boleh refer resepi urap jawa kak hana kat MyR..

Wednesday, August 05, 2009

Asam Rebus Bendi


Tengok resepi simple je.. tapi bila mkn mmg menyelerakan.. Rasanya yg msm2 mmg kena la dgn org yg takde selera.. kalau yg ada selera lagila bertambah2 kot hehehe


Masak asam rebus bendi ni lebih kurang masak ikan singgang.. cuma yg ni dia letak halia & air asam jawa.. Sapa2 yg nk try buat, boleh tengok resepinya kt MyR. Ida dh link kan tu.. thanks tuan punya resepi.. ati_hayat.. sedappp

Friday, July 31, 2009

Baby Kailan With Oyster Soy Sauces


Dh buat ni dua tiga hari lepas tapi baru letak.. sedappp.. boleh refer resepi ni kat MyR ye.. resepi by rabiatun.. thank u so much for sharing

Monday, July 20, 2009

Terung Masak Tumis


sueeee.. dh buat terung masak tumis hang ni.. kita guna terung fresh tau..bukan terung menopos ye puan2 hehehehe.. tapi rupanya mcm guna terung menopos je sbb sampai lembik terung tu kita kerjakan.. ni kes gara2 HaSue ckp masak biar betul2 lembik.. baru sedap.. heheh apalagi.. selagi tak lembik selagi tu kita biar kt dlm kuali tu heheh.. mmg sedap makan bila dia lembik2.. cume bab2 menumbuk bahan2 & potong terung tu mmg fail skit la.. rasanya dh sekuat hati tumbuk tapi tak halus2 gak.. hahaha.. kalau yg tumbuk2 mmg selalu camni.. tak tahu nk buat camne lagi.. lain kali Ida kisar la bagi halus skit.. satu lagi terung tu kita tak pandai nk potong cam hang buat tu sue.. tak reti aku.. hehehe :D

Sunday, July 19, 2009

Vegetables Tempura


Masih teringat lagi ketika gi hi-tea kt Ri-yaz Heritage Resort & Spa, diaorg sediakan vegetable tempura ni.. apa yg ida suka tempura kt sana sgt2 light.. terfikir gak camne diaorg buat sbb teksturnya sungguh halus & ringan.. mesti ada rahsia kan.. cari punya cari jumpa juga akhirnya.. so Ida kongsikan bahan2 & cara2 nya kt sini.. yg dipping sos tu Ida tak buat la ye.. hehe mana nk dapat dashi, mirin, etc kt Trg ni hehehe.. so Ida mkn dgn sos cili & sos thai aje.. lagipun kt Ri-yaz Heritage Resort & Spa tu pun diaorg sedikan dgn sos cili gak..

Ida guna brokolli, bunga kobis & lada benggala saja. Maklumla mkn sorang. Next time boleh try sayur2 lain lak seperti terung, asparagus, bawang besar & dll.

p/s: (click on the image to see larger pic)



Bahan2:

Sayur sayuran seperti brokolli, bunga kobis, lada benggala, terung, bawang besar Holland, asparagus dll (ikut citarasa sendiri) - dipotong agak besar @ ikut citarasa sendiri
250 ml air sejuk (betul2 sejuk)
200 gram tepung serba guna (Ida guna superfine flour)
150 gram tepung jagung
sedikit garam

Cara2:

1. Masukkan tepung serba guna & tepung jagung ke dalam plastik. Ikat kemas2. Sejukkan di dalam freezer untuk meringankan lagi tekstur tepung tersebut. AWAS!! Jangan tepung sampai jadi beku pulak. Cukup sekadar tepung sejuk.

2. Ambik tepung yg telah disejukkan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan garam & sedikit air sejuk serta kacau perlahan2 dengan garfu atau chopstick. Masukkan lagi baki air sejuk tadi dan kacau lagi. AWAS!! jangan terlebih kacau! Cukup sekadar air dan tepung sebati.

3. Panaskan minyak. Gunakan minyak baru. Minyak perlu banyak & pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng. Salut sayur-sayuran yg telah dipotong ke dalam adunan tepung satu persatu. Pastikan seluruh sayur tersebut disaluti.

4. Gorengkan sayur tadi. AWAS!! jangan tekan2 sayur tu ke dalam minyak. Biarkan sayur tu terapung dgn bebas di dalam minyak. Balik2 kan sayur tersebut. Goreng lebih kurang seminit atau sehingga kekuningan.

5. Angkat dan toskan minyak yg berlebihan.

Saturday, July 18, 2009

Kangkung Tumis Belacan


Apa beza kangkung goreng belacan dgn kangkung tumis belacan? sapa2 yg tau tolong la jawab ye.. sebelum2 ni main campak2 je tapi kali ni follow resepi lah.. resepi by HaSue.. mmg sedap sue.. kita ambik pic close up lagi tu nk bagi hang tengok hehe.. thanks sue ;)

Sunday, July 05, 2009

Masak Lemak Cili Padi Rebung & Sotong


Resepi asal Masak Lemak Cili Api Udang Dengan Rebung by kak ziehelmy tapi Ida ganti udang tu dgn sotong.. Ni masak lemak versi kurang pedas.. letak cili 3 biji je.. sesuai la untuk kita yg tak tahan pedas ni tapi hehe

Wednesday, July 01, 2009

Tumis Labu Kuning


Buruknya tumis labu kuning ni.. ni kes malas nk tumbuk bahan2 yg kena tumbuk tu sampai halus.. tak larat.. ngah bendera merah ni.. ampunnn hasue.... hehe.. apa2 pun resepi hang ni mmg best.. thanks sue ;)

Tuesday, June 30, 2009

Peria Goreng Tempe


sekali sekala mkn peria ni sedap gak kan.. Ida ambik resepi peria ni kt trymasak.my



Bahan2:

1 biji Peria
1/2 keping tempe
5 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 cwn Ikan Bilis
3 sudu besar cili kisar
Garam & gula secukup rasa

Cara2:

1. Belah dua peria, buang bijinya, dan hiris nipis.
2. Potong nipis tempe.
3. Campurkan peria dengan garam, dan gaul. Ramas peria hingga layu keluar airnya supaya rasa pahit berkurangan.
4.Tumbuk bawang merah hingga hancur diikuti dengan bawang putih.
5. Goreng tempe hingga garing. Angkat dan ketepikan.
6. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
7. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang yang ditumbuk hingga naik bau.
8. Masukkan cili kisar, garam dan gula. Kacau hingga pecah minyak.
9. Masukkan peria dan kacau hingga kering.
10. Masukkan ikan bilis dan tempe goreng. Gaul sebati.