Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Monday, October 19, 2009

Nasi Lemak Hijau


I am always looking for new recipes to try out and I would be happy to write a review on it, and share it with my blogger friends. Wokey, today I tried nasi lemak hijau for the first time using CMG's recipe and it turned out ok. The texture of the rice was very nice but the taste was quite 'strong' for nasi lemak. A little too heavy for my taste! I'd personally prefer nasi lemak biasa over NLH because I think it goes well with the sambal tumis. This nasi lemak hijau, if I were to make it again, I would pair it with something like dalca & ayam goreng berempah (or maybe gulai/kerutuk ayam?) for better taste. However, if you would like nasi lemak that tastes a lil different from the usual, then this NLH is something you should be trying, babe!

Note: This NLH recipe is by CMG (Che Mat Gebu) but recipe is copied from Kak Jun's blog. Thanks CMG and Kak Jun :)

Bahan2:

4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. toskan

1 biji kelapa diparut

10 helai daun pandan, dikerat2 kecil*1 cawan air*(*dikisar halus)

2 batang serai, dititik

1 helai daun pandan, disimpul

1 inci halia, diketuk

3 ulas bawang putih, diketuk

5 biji bawang merah kecil, dihiris halus

1 batang kayu manis*

1 kuntum bunga lawang*

5 kuntum bunga cengkih*

3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

1 camca teh serbuk lada hitam

Cara2:

1.Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 6 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
4. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan seperti sambal tumis, ikan bilis goreng, telur dadar, dll.

Sunday, October 18, 2009

Nasi Kuning


Nasi Kuning or Yellow Rice is the other popular traditional style rice in Terengganu. If i'm not mistaken, it's normally eaten for breakfast! Yellow Rice goes perfectly with 'Gulai Ikan Tongkol' , 'Acar Timun' and 'Sambal Belacan'. So yummmy, babe!

Bahan2:

2 cawan beras- dibasuh dan ditoskan
2 cawan air
1/2 cawan susu cair
4 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
*dikisar
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 batang cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning
garam, gula & ajinomoto
sedikit marjerin/mentega
minyak untuk menumis

Cara2:

1. Panaskan marjerin/mentega dan sedikit minyak.Tumiskan bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis.

2.Masukkan pula bahan2 yg telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau. Masukkan air, susu dan pewarna kuning. Masukkan daun pandan, beras, gula dan garam. Masak nasi sehingga nasi masak.

3. Apabila nasi sudah masak, kacau nasi sehingga rata.

Tuesday, September 15, 2009

Nasi Ayam Pasir Salak


Hari ni mmg tak de idea langsung nk masak apa.. sebenarnya malasss.. heheh.. so kita msk yg senang aje la.. nasi ayam.. abis cite kan.. tapi tak nak la nasi ayam yg dh biasa buat.. sekali sekala nk jugak rasa yg lain.. so, Ida search la kt internet.. terjumpa resepi nasi ayam pasir salak.. tapi yg problem nya.. resepi tu mcm tak complete la plak.. cuma dinyatakan cara2 masak nasik& sup.. lain2 takde.. so untuk yg lain2 tu seperti ayam, sambal lada & ambal kicap ida main hentam aje la..


ni ayam dimakan bersama nasi ayam tu.. lepas rebus Ida perap kejap.. pastu goreng..


Sup nasi ayam.. ada penggunaan rempah2 yg dikisar, susu cair, daun ketumbar & serbuk kunyit dalam sup nasi ayam psir salak ni..


Sambal lada... main hentam aje..




Sambal kicap ni pun main campak2 gak... hehehe


Bahan-bahan:
4 cawan beras
6 ketul ayam (sudah dipotong)
2 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dkisar
1 inci halia - dikisar
2 tangkai daun ketumbar (dihiris)
½ cawan susu cair
2 sudu rempah ratus dikisar (biji ketumbar, jintan manis, kayu manis, lada hitam)
Garam, serbuk perasa, minyak dan serbuk kunyit
5 cawan air
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang sudah dikisar. Kemudian masukkan serbuk rempah dan biarkan sehingga naik bau.
2. Masukkan air, ayam, hirisan daun ketumbar, susu cair, garam, serbuk perasa dan kunyit.
3. Biarkan ayam bersama air hingga mendidih dan kemudian masukkan beras.
4. Keluarkan ayam yang sudah masak.
5. Masak nasi seperti biasa dalam air mendidih bersama bahan tadi.
6. Hidangkan bersama sos dan timun.

Wednesday, September 02, 2009

Nasi Ayam Ipoh


sedap nasi ayam ni.. 2 thumbs up.. kena dgn taste! MUST TRY! Thanks quinnie :) sup, sambal cili & sambal kicap tak sempat nak snap heheh.. sorry ye kengkawan

Bahan-bahan:

*BAHAN NASI*
4 mug beras4 1/2 mug air rebusan ayam2 inci halia*3 biji bawang putih*3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)1 sudu besar minyak bijan2 sudu besar sos tiram2 helai daun pandan4 sudu mentega

*BAHAN AYAM*
1 ekor ayam3 biji bawang putih*1 inci halia*3 sudu besar kicap lemak manis2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

*BAHAN SUP*
air secukupnya4 bawang putih diketuk3 inci halia di hiris3 helai batang bawang1 biji sengkuang dipotong dadu1 sudu besar serbuk lada sulah

*BAHAN CILI*
10/15 biji cili burung6 biji cili merahsedikit halia (ambik dari rebusan)5/6 biji bawang putih1 biji limau kasturi/nipissedikit air dari air rebusan ayamgaram n gula secukupnya

*BAHAN KICAP*
5 biji cili burungsedikit halia (ambik dari rebusan)4/5 biji bawang putihkicap secukupnyaair rebusan ayam secukupnyatepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

*BAHAN TAMBAHAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun


Cara-cara :

1. Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
2. Cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
3. Penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
4. Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
5. Cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
6.Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Saturday, August 29, 2009

Nasi Tomato Ayam


Nasi Tomato Ayam by Kak Fida

Sunday, August 16, 2009

Nasi Goreng Tomyam


Dinner mlm tadi.. sedapppp.. nk buat lagi nanti tapi kena lebihkan perencah baru nampak cantik skit kot.. thanks kak hana sudi sharing resepi nasi grg yg best ni.. :)

Kak hana, mintak izin copy/paste resepi yer.. senang nk refer lain kali.. :)
Bahan2:

2 mangkuk nasi
5-6 ekor udang segar
1-2 ekor sotong sederhana - potong ring
200g daging ayam - potong kecil2
4 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - ketuk
3-4 biji cili padi - tumbuk@hiris - klu nk pedas
1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
kubis - hiris kecil2
carrot - hiris memanjang@dadu
tomato - potong dadu
1 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut - racik2
1 biji telur
garam

Cara-cara
1. Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.
2. Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas.
3. Masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.
4. Masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata.
5. Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.
6. Last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah.
7. Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.

Monday, July 20, 2009

Nasi Goreng Klasik


Ni menu berbuka puasa hari ni.. nasi goreng je.. malas nk masak yg berat2.. nasi goreng ni dinamakan klasik sbb Ida letak isi ikan goreng.. lama tak mkn nasi goreng camni.. teringat zaman kanak2.. nenek selalu buat nasi goreng ni..

Sunday, July 19, 2009

Nasi Minyak & Kurma Ayam

Dinner nasi minyak mlm ni.. sbb beras jasmin dh habis hehe yg ada beras basmati je,, so buat nasi minyak je la.. abih cerita ;) resepi nasi minyak Makyong ambik kat MyR... resepi asal nasi minyak hujan panas tapi yg Ida ni bukan hujan panas.. hujan lebat kot hehehehe

Ida makan dgn kurma ayam resepi by herdawaty_abuothman, juga ambik kat MyR.. last time buat kurma ni last year... masa tu bulan puasa.. Ida tengok resepi ni simple skit la.. takde tumis2 dgn rempah 4 sekawan.. lagipun nasi minyak dh masukkan rempah2 tu.. so kurmanya tak payah la ye..

Ni lak acar timun & tomato resepi by ieyra.. simple & sedap

Sunday, July 12, 2009

Nasi Jagung & Honey Prawns


Menu lunch+dinner hari ni.. kalau ada acar skit sedap lagi kot.. tapi malas la nk buat acar tadi


Resepi Nasi jagung by zara_klate & Honey Prawns by dayang_jack.. dua2 sedap ;) dayang.. komen skit honey prawns tu.. betul ke kaler dia camtu? tgk org2 lain buat tak de la segelap tu hehe..




Sunday, June 28, 2009

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Ni nasi tomato resepi by Lina_pg.. resepi asalnya Nasi Tomato Kukus.. tapi Ida tak kukus.. just masak dlm rice cooker je.. maklumla.. yg mkn nya sorang je.. malas aku hehe.. next time kalau masak untuk family Ida nk kukus la.. simple nya resepi ni tapi sedap gak.. not bad.. Thanks Lina.. Ida suka sgt resepi nasi tomato ni :)


Ni plak ayam masak merah by love2cook.. hairan jugak kenapa yg love buat merah menyala-nyala.. tapi yg ni mcm kaler mcm ayam percik je.. hehe...hairan Ida love.. maybe Ida guna cili giling yg kaler tak merah.. pastu bila masukkan susu lagila kaler dia pudar.. apa2 pun rasanya sedap.. pasti akan buat lagi pasni