tak tahu nk buat apa kacang panjang ni.. goreng pun sedap gak kan.. hari ni try resepi abang rahman bestari kacang panjang "The Sambal" ... tak sabar nk berbuka nihh :)
Bahan-bahan:
1 ikat kacang panjang - anggaran 10 batang
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji cili padi - ditumbuk
1 kiub belacan atau 2 inci - ditumbuk
300gm udang kering - direndam seketika
1 biji limau kasturi
* kiub pati ayam - optional
*Garam, gula / serbuk perasa
* garam boleh ditukar dengan kiub pati ayam dan penggunaan belacan juga sudah menyediakan rasa masin.
Cara-cara:
1. Potong kacang panjang dan bersihkan.
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga terbit bau dan masukkan udang kering.
3. Masukkan kacang panjang dan renehkan seketika. Sekiranya berminat dengan penggunaan *kiub pati ayam, boleh masukkan sekali.
4. Tambahkan *garam dan gula / serbuk perasa.
5. Perahkan jus limau kasturi, gaul dan sedia untuk dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment