Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Thursday, September 24, 2009

Tart Nenas II


tart nenas lagiii... kali ni Ida try resepi lain yg tak kurang hebatnya.. resepi dari majalah.. posted oleh kak jun kat MyR.. sedappp.. just imagine.. malam tadi buat hari ni terus abiss kena ngap.. sampai yg tukang buat pun tak sempat nak makan.. adusss.. nanti buat lagi kena sorok.. biar padan muka diaorg kt umah tu hehehehe..



Resepi tart ni mmg simple.. sambil tutup mata pun boleh buat hehehe.. tapi hasilnya mmg marvellous.. tart yg gebu and lembut.. pendek kata mmg sedap lah.. cuma tart kita ni buruk sikit.. comottt.. it means Ida kena practice lagi buat tart sampai betul2 cantik.. ;)


Bahan-bahan:

200gm tepung gandum
1 biji kuning telur
150gm butter
20gm tepung kastad
jem nenas secukupnya

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan kecuali jem kedalam mangkuk n gaul hingga jadi doh.
buat bentuk disukai, isi jem n bakar selama lebih kurang 30 minit menggunakan suhu sederhana.

Sunday, September 20, 2009

Tart Nenas I


Selamat Hari Raya Idulfitri!

BAHAN UNTUK DOH TART:

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula

BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:

4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan

CARA MEMBUAT DOH TART:

1. Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati.
2. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
3. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
4. Panaskan oven.
5. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
6. Ulangi sehingga habis.
7. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.

CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:

1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
3. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
4. Kacau tanpa henti hingga likat.
Angkat dan sejukkan.

Saturday, September 19, 2009

Biskut Chocolate Chips


biskut raya yang ke lima! cadangnya nk buat tart nenas tapi malas nak memarut nenas.. so kita tukar buat biskut chocolate chips.. simple aje! hari tu dh buat menggunakan resepi sis rossya tapi kali ni Ida guna resepi kak nor lak.. sedap juga biskut ni.. tak mains sangat.. tak tawar sangat.. mmg padan2 la.. kalau ada request dari org2 kt umah Ida pasti buat lagi.. untuk kak nor. tuan punya resepi.. tengkiu! :)


Bahan-bahan:

180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds

Cara-cara:

1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.

Friday, September 18, 2009

Biskut Jakarta


Asalnya nak buat biskut jakarta.. resepi mama kastam tioman.. tapi ntah camne jadi biskut bali lak heheh.. Cari2 cutter yg sesuai dgn bentuk & saiz untuk menerap tapi takde.. koleksi kita tak banyak.. sikit aje.. so, seperti biasa Ida hentam sajalaa.. buat bentuk love.. pastu tekan skit kt tengah tu untuk isikan kelapa kering..

Bahan A:

130gm mentega
70gm Lemak sayur
100gm gula icing
1 biji Kuning telor
1sdt vanila esen

Bahan B: (Di ayak)

100gm tepung ubi
250gm tepung gandum
20gm Susu tepung

Hiasan:

100gm kelapa kering
30gm gula halus
1 biji putih telur
100gm kismisCeri Merah & Hijau (Di hiris memanjang)
Cara-cara membuat inti.Pukul gula dan telur putih sehingga gebu, masukan kelapa kering dan kismis.(agak-agak lembab).

Cara-cara:

1. Pukul bahan A sehingga kembang, campurkan bahan B. Terap dan masukan kedalam petitin yg telah di alas paper cup.
2. Isi kan inti dan hias dengan ceri merah dan hijau.
3. Bakar pada suhu 175-180c selama 20minit atau sehingga masak.


Thursday, September 17, 2009

Honey Cornflakes


Biskut raya yang ketiga! adehh.. hari ni mmg baking day.. heheh.. tapi buat yg simple2 aje lah.. walaupun simple tapi pasti laku hari raya nanti.. :)

Resepi honey cornflakes ni dari ayu singapore hasil selongkar kt umah kak hana tadi... hehe.. thanks kak hana.. thank juga pada tuan punya resepi ayu di singapore :)

Ha... love.. sila rasmi my honey cornflakes ni... ;)


Chocolate Chip Cookies


Biskut raya yang kedua.. baru sdh bakar ni.. masih panas lagi atas rak.. heheh.. jemput rasa semua... opppsss mana leh.. pose kan.. kikiki.. kecuali love2cook.. boleh la kot.. sila2 my friend.. jgn malu2 ;)

Chocolate chip cookies ni Ida dh pernah buat last year... semua kt dlm umah ni suka.. diaorg cakap sedappp.. tetamu2 yg datang beraya pun cakap sedapp... so this year ada request lagi..

Resepi chocolate chip cookies ni Ida ambik kt blog mama fami... tapi resepi asal kepunyaan sis rosya ahd.. tak silap Ida mama fami cakap antara byk2 choc. chip cookies yg dia pernah buat.. this one mmg betul2 menepati selera dia.. sbb tu la Ida teruja betul nak try.. Alhamdulillah mmg sedapp & menjadi favorite ahli keluarga..

Bahan-bahan:

8ozs butter (230gram)
5ozs gula halus (140gram)
1/2 sudu teh bicarbonate of soda (280gram)
1 sudu teh cream of tartar
sedikit garam
1 cawan serbuk Milo
10 ozs tepung self-raising 6ozs Hershey's semi-sweet mini choc-chips (170gram)
1 sudu teh vanilla essence
1 biji kuning telur

Cara-cara:

1. Pukul mentega, gula, garam, vanilla, cream of tartar dan bicarbonate of soda sehingga sebati. 2. Masukkan Milo, telur dan chocolate chips. Kacau hingga rata. Masukkan tepung self-raising. 3. Bentuk mengikut citarasa anda. Bakar sehingga keperang-perangan/ lebih kurang 25 minit menggunakan suhu sederhana.

Biskut Bunga Cina


Kalau orang lain dah buat berpuluh2 jenis kuih raya.. Ida baru aje sudah satu.. hehe.. sebabnya malesss nak buat.. hihihi tunggu cuti dulu baru lah leh buat.. so tak lah stress sangat.. Ida dera 2 orang adik lelaki Ida buat biskut raya tadi.. padan muka diaorg hahahah..

Untuk biskut raya yang pertama Ida try biskut bunga cina.. resepi dari idola masakan ida.. sapa lagi.. kalau bukan kak nor... mmg best lah... cuma biskut ni manis sikit bagi Ida.. maklumla mengikut kata kak nor.. biskut ni biskut orang dulu2.. tu yang manis skit tu... so, sapa2 yg teringin mencuba tapi tak suka manis2 boleh lah kurangkan gula dalam 70gram.. untuk satu adunan tu Ida dapat lebih kurang 80 biji.. okla tu.. ;)

Resepi kak nor ni ida ambik kat umah kak hana.. pergi MyR tak boleh bukak.. selongkar kat umah kak hana nasib baik ada.. thanks kak hana :) dan tak lupa juga untuk kak nor.. tuan punya resepi.. terima kasih kerana sudi kongsi yg best2.. pasni, esok atau lusa Ida cuba biskut chocolate chips kak nor lak.. :)

Bahan-bahan:

100gm mentega/marjerin
90gm gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara :

1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
3. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
4. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
5. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..