Tuesday, September 29, 2009
Kepak Ayam Barbeku
Kepak ayam lagi... ni cuba resepi dayangjack lak.. kepak ayam barbeku.. makan dgn potato salad.. sbb tu je sayur yg ada kt umah.. heheh..
Bahan-bahan:
10 ketul kepak ayam
3 sudu besar sos barbeku (cap Life @ mana2 brand pun boleh)
1 sudu besar sos masam manis @ sos plum (madu di dlm sos ini akan memberikan kilatan pd ayam setelah dimasak)
½ biji lemon (ambil jusnya)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sdt garam & gula
1 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak
Cara-cara :
1. Ayam dicuci dan dilap bersih dengan tisu kertas. Kelarkan sedikit kepak ayam dengan pisau (supaya cepat masak di bahagian isi dalamnya apabila dibakar).
2. Gaulkan ayam bersama bahan2 di atas di dalam satu bekas dan tutup kemas dengan kertas foil. Perap selama 2 jam atau semalaman.
3. Panaskan oven dgn suhu 200°C. Sediakan dulang utk membakar ayam. Lapikkan dulang tersebut dengan kertas foil dan dilengser sedikit minyak. Susun kepak ayam di dalamnya. Bakar selama 20 minit.
4. Kemudian keluarkan dulang dr oven lalu dikaupbalikkan ayam tersebut. Renjis2kan sedikit dgn baki bahan perap td. Bakar lagi selama 20-30 minit atau tunggu sehingga masak(bergantung pd jenis oven)
5. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama sos cili/mayonis/dressing salad.
***kepak ayam ini boleh dimasak cara bakar, gril dan goreng (cara perapan tetap sama)
Monday, September 28, 2009
Kepak Ayam Madu
Dinner malam ni.. 3 keping kepak ayam tu kita makan sorang.. abis licin.. kuat betul aku mkn! hehe :D resepi dari kak fida.. sedap jugak.. kalau buat untuk budak2 mesti diaorg suka.. cuba la!
Bahan-bahan:
8-10 keping kepak ayam - dibersihkan
1/2 cawan madu
1/4 cawan tomato sos
1/4 cawan Thai cili sos
garam secukup rasa
1 sk jus limau/lemon
minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam
Cara-cara :
1. Kepak ayam dilumur dgn sedikit garam dan goreng hingga masak.Toskan.
2. Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan 1 sb minyak tadi dan masukkan kedua2 sos dan madu dan masak hingga kelihatan mendidih sedikit di atas api yg kecil.
3. Masukkan kepak ayam goreng dan gaul hingga kpk ayam bersalut dengan sos madu,masukkan jus limau dan gaul lagi hingga sebati.Angkat dan segera dihidangkan.
Thursday, September 24, 2009
Tart Nenas II
tart nenas lagiii... kali ni Ida try resepi lain yg tak kurang hebatnya.. resepi dari majalah.. posted oleh kak jun kat MyR.. sedappp.. just imagine.. malam tadi buat hari ni terus abiss kena ngap.. sampai yg tukang buat pun tak sempat nak makan.. adusss.. nanti buat lagi kena sorok.. biar padan muka diaorg kt umah tu hehehehe..
Resepi tart ni mmg simple.. sambil tutup mata pun boleh buat hehehe.. tapi hasilnya mmg marvellous.. tart yg gebu and lembut.. pendek kata mmg sedap lah.. cuma tart kita ni buruk sikit.. comottt.. it means Ida kena practice lagi buat tart sampai betul2 cantik.. ;)
Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 biji kuning telur
150gm butter
20gm tepung kastad
jem nenas secukupnya
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali jem kedalam mangkuk n gaul hingga jadi doh.
buat bentuk disukai, isi jem n bakar selama lebih kurang 30 minit menggunakan suhu sederhana.
Sunday, September 20, 2009
Tart Nenas I
Selamat Hari Raya Idulfitri!
BAHAN UNTUK DOH TART:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula
BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan
CARA MEMBUAT DOH TART:
1. Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati.
2. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
3. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
4. Panaskan oven.
5. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
6. Ulangi sehingga habis.
7. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.
CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
3. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
4. Kacau tanpa henti hingga likat.
Angkat dan sejukkan.
Saturday, September 19, 2009
Biskut Chocolate Chips
biskut raya yang ke lima! cadangnya nk buat tart nenas tapi malas nak memarut nenas.. so kita tukar buat biskut chocolate chips.. simple aje! hari tu dh buat menggunakan resepi sis rossya tapi kali ni Ida guna resepi kak nor lak.. sedap juga biskut ni.. tak mains sangat.. tak tawar sangat.. mmg padan2 la.. kalau ada request dari org2 kt umah Ida pasti buat lagi.. untuk kak nor. tuan punya resepi.. tengkiu! :)
Bahan-bahan:
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds
Cara-cara:
1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.
Friday, September 18, 2009
Biskut Jakarta
Cara-cara membuat inti.Pukul gula dan telur putih sehingga gebu, masukan kelapa kering dan kismis.(agak-agak lembab).
2. Isi kan inti dan hias dengan ceri merah dan hijau.
3. Bakar pada suhu 175-180c selama 20minit atau sehingga masak.
Thursday, September 17, 2009
Rendang Ayam Perak
Bahan-bahan:
1 kg ayam, potong ikut suka
400 ml pati santan (dari sebiji kelapa)
3 helai daun kunyit, dihiris halus
1 kiub pati ayam "Maggi" (mat tak letak)
2 camca besar kerisik
3 - 5 camca besar cili kisar (mat ganti dengan 20 biji cili padi) - hana pong!
2 camca besar rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelgugor
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci lengkuas*
4 inci halia*
5 batang serai, dihiris*
1 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan halus*
Cara-cara:
1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kisar semua bahan2 bertanda (*) hingga lumat, jika menggunakan cili padi, kisar sekali dengan bahan tadi. Satukan bahan2 dengan rempah kari dan cili kisar (jika gunakan cili kisar). Kacau rata dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan no 1 hingga harum dan terbit minyak. Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Gunakan api sederhana.
3. Masuk pati santan, asam gelugor dan kerisik. Kacau rata dan masak hingga pekat dan tambah garam, kiub ayam dan gula secukup rasa. Tambah hirisan daun kunyit, kacau perlahan hingga mesra.
4. Masak hingga kering tapi masih lembap dan ayam empuk. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan bahagian bawah rendang hangus. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran anda.
Honey Cornflakes
Biskut raya yang ketiga! adehh.. hari ni mmg baking day.. heheh.. tapi buat yg simple2 aje lah.. walaupun simple tapi pasti laku hari raya nanti.. :)
Resepi honey cornflakes ni dari ayu singapore hasil selongkar kt umah kak hana tadi... hehe.. thanks kak hana.. thank juga pada tuan punya resepi ayu di singapore :)
Ha... love.. sila rasmi my honey cornflakes ni... ;)
Chocolate Chip Cookies
Biskut raya yang kedua.. baru sdh bakar ni.. masih panas lagi atas rak.. heheh.. jemput rasa semua... opppsss mana leh.. pose kan.. kikiki.. kecuali love2cook.. boleh la kot.. sila2 my friend.. jgn malu2 ;)
Chocolate chip cookies ni Ida dh pernah buat last year... semua kt dlm umah ni suka.. diaorg cakap sedappp.. tetamu2 yg datang beraya pun cakap sedapp... so this year ada request lagi..
Resepi chocolate chip cookies ni Ida ambik kt blog mama fami... tapi resepi asal kepunyaan sis rosya ahd.. tak silap Ida mama fami cakap antara byk2 choc. chip cookies yg dia pernah buat.. this one mmg betul2 menepati selera dia.. sbb tu la Ida teruja betul nak try.. Alhamdulillah mmg sedapp & menjadi favorite ahli keluarga..
Bahan-bahan:
8ozs butter (230gram)
5ozs gula halus (140gram)
1/2 sudu teh bicarbonate of soda (280gram)
1 sudu teh cream of tartar
sedikit garam
1 cawan serbuk Milo
10 ozs tepung self-raising 6ozs Hershey's semi-sweet mini choc-chips (170gram)
1 sudu teh vanilla essence
1 biji kuning telur
Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula, garam, vanilla, cream of tartar dan bicarbonate of soda sehingga sebati. 2. Masukkan Milo, telur dan chocolate chips. Kacau hingga rata. Masukkan tepung self-raising. 3. Bentuk mengikut citarasa anda. Bakar sehingga keperang-perangan/ lebih kurang 25 minit menggunakan suhu sederhana.
Biskut Bunga Cina
Kalau orang lain dah buat berpuluh2 jenis kuih raya.. Ida baru aje sudah satu.. hehe.. sebabnya malesss nak buat.. hihihi tunggu cuti dulu baru lah leh buat.. so tak lah stress sangat.. Ida dera 2 orang adik lelaki Ida buat biskut raya tadi.. padan muka diaorg hahahah..
Untuk biskut raya yang pertama Ida try biskut bunga cina.. resepi dari idola masakan ida.. sapa lagi.. kalau bukan kak nor... mmg best lah... cuma biskut ni manis sikit bagi Ida.. maklumla mengikut kata kak nor.. biskut ni biskut orang dulu2.. tu yang manis skit tu... so, sapa2 yg teringin mencuba tapi tak suka manis2 boleh lah kurangkan gula dalam 70gram.. untuk satu adunan tu Ida dapat lebih kurang 80 biji.. okla tu.. ;)
Resepi kak nor ni ida ambik kat umah kak hana.. pergi MyR tak boleh bukak.. selongkar kat umah kak hana nasib baik ada.. thanks kak hana :) dan tak lupa juga untuk kak nor.. tuan punya resepi.. terima kasih kerana sudi kongsi yg best2.. pasni, esok atau lusa Ida cuba biskut chocolate chips kak nor lak.. :)
Bahan-bahan:
100gm mentega/marjerin
90gm gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)
Cara-cara :
1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
3. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
4. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
5. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..
Wednesday, September 16, 2009
Kasut Raya
Apa khabar semua kawan2? diam tak diam raya dh dkt.. rasa2 mcm belum puas agi berpuasa heheh... seronok sebenarnya bulan puasa ni.. bagi Ida, suasana dia lain skit.. dan yang pasti bulan puasa ni kalau kt umah Ida semua family members akan berbuka bersama2.. bukan senang tuuuu sbb kalau hari biasa semua busy dgn keje masing2... :)
Persiapan Ida untuk raya tahun ni biasa2 aje.. baju raya adala dlm 4 pasang.. 3 tempah.. 1 beli.. kasut raya lak mmg tak beli.. sbb byk lagi kasut2 yg belum dipakai.. hihihi.. kita mmg hantu kasut.. beli mmg suka.. pakainya tidakk... hehehe.. bagus jugak sbb tak payah beli untuk raya this year.. so save sikit la.. :)
kasut yg kat atas ni rasa2nya dah 3 tahun dalam simpanan.. tapi belum pernah pakai.. hihihi.. so ida rasmi la untuk raya tahun ni..
ni lak kasut raya yg kedua.. dah dua tahun dalam simpanan.. kombinasi warna merah & gold.. insya allah tahun ni kita rasmi.. :) handbag raya takde sbb mmg tak pakai handbag.. hihihi..
Kad Raya dari Teman2 Bloggers
Tuesday, September 15, 2009
Taugeh Celur
Bahan-bahan:
150 gm taugeh
* 2 sb air panas
* 1/2 sk serbuk pati ayam
1/2 sk kicap pekat
1 sb kicap manis
1 1/2 sb sos tiram
1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
sedikit lada sulah
secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)
Cara-cara:
1. Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
2. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
3. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.
Nasi Ayam Pasir Salak
Hari ni mmg tak de idea langsung nk masak apa.. sebenarnya malasss.. heheh.. so kita msk yg senang aje la.. nasi ayam.. abis cite kan.. tapi tak nak la nasi ayam yg dh biasa buat.. sekali sekala nk jugak rasa yg lain.. so, Ida search la kt internet.. terjumpa resepi nasi ayam pasir salak.. tapi yg problem nya.. resepi tu mcm tak complete la plak.. cuma dinyatakan cara2 masak nasik& sup.. lain2 takde.. so untuk yg lain2 tu seperti ayam, sambal lada & ambal kicap ida main hentam aje la..
ni ayam dimakan bersama nasi ayam tu.. lepas rebus Ida perap kejap.. pastu goreng..
Sup nasi ayam.. ada penggunaan rempah2 yg dikisar, susu cair, daun ketumbar & serbuk kunyit dalam sup nasi ayam psir salak ni..
Sambal lada... main hentam aje..
Sambal kicap ni pun main campak2 gak... hehehe