Saturday, August 29, 2009

Nasi Tomato Ayam


Nasi Tomato Ayam by Kak Fida

Dalca


Resepi dalca ni Ida ambik kt blog CMG.. Nanti ler letak resepi k.. dh nk berbuka ni :)


Ayam Goreng Berempah Serai


Resepi ayam ni by Love2cook.. thank u very much my friend ;)

Tuesday, August 25, 2009

Udang Galah Goreng Bercili


Bahan-bahan:
700 kg udang galah - dibersihkan
15 biji bawang kecil
5 biji bawang putih
10 g halia muda
20 tangkai cili kering, direbus
10 g belacan
10 g kunyit hidup
10 g asam jawa, dicampur dengan ½ cawan air dan jadikan air asam jawa.
Sedikit garam
Cara-Cara:
1. Udang hendaklah digaul dengan garam dan kunyit hidup.
2. Panaskan setengah liter minyak di dalam kuali.
3. Apabila minyak panas, goreng udang. Setelah udang masak angkat dan sejat.
4 Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan.
5. Kemudian campurkan udang bersama bahan tumis.
6. Gaul sehingga sebati dan masukkan garam secukup rasa. Pastikan kuahnya sedikit kering.

Monday, August 24, 2009

Gulai Nasi Minyak Terengganu


untuk berbuka hari ni masak nasi minyak aje.. takde special apa.. cuma nasi minyak tu mkn dgn gulai nasi minyak Terengganu style la.. Ida apa2 pun boleh.. tapi org2 kt umah ni dh terbiasa dgn
Terengganu style
Bahan2:
1 kilo ayam/daging
4 sudu makan minyak sapi
1 biji kulit kayu manis
3 biji buat pelaga
6 biji cengkih
2 biji bunga lawang
1 inci halia - diketuk
6 biji bawang merah - dimayang
4 biji bawang putih - dimayang
3 sb cili kering kisar
4 sudu makan rempah nasi minyak /rempah kurma
3-4 biji kentang (dipotong 2)
2 tomato puree
7 cawan air
1 cawan susu sejat
2 cawan bawang goreng
1-2 sudu besar kicap
garam dan gula secukup rasa
Cara2:
1. Perap ayam/daging selama 1/2 jam dengan cili kering kisar dan rempah kurma
2. Panaskan minyak sapi. Tumis rempah 4 sekawan, bawang dan halia sehingga naik bau. 3.Masukkan ayam/daging yang dah diperap dan tumis sehingga rempah masak dan air ayam/daging keluar.
4. Masukkan air dan susu. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan tomato puree dan bawang goreng yang ditumbuk.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Tambahkan sedikit kicap pekat (manis/masin) untuk warna yang lebih menarik-
8. Masukkan kentang. Masak sehingga gulai pekat dan kentang masak. Sekiranya mahu daging ayam/daging lebih empuk lebihkan air dan masak lebih lama.

Sunday, August 23, 2009

Menu untuk Tetamu - Part 1


Menu utama gulai lemak udang nenas.. by Che'Iza


Sotong goreng tomyam.. resepi kak nor.. dah jatuh cinta dgn resepi ni.. hari ni terlebih rempah la plak.. tapi tetap sedap.. kawan2 yg belum buat lagi tu cubala... thanks kak nor.. :)


Kangkung tumis belacan.. resepi HaSue.. mmg dah jadi favorite dah skrg nih.. thank sue.. lebiuuu

Menu untuk Tetamu - Part 2


sambal belacan by kak yani.. sedapppp


sempat lagi goreng ikan kering... selalunya mmg tak mkn pun ikan kering ni.. tapi dh tetamu nk datang so beli la jugak sikit.. :)


ulam-ulam pun ada.. :)

Saturday, August 22, 2009

Ikan Bawal Sweet Sour


Selain udang galah masak lemak, Ida buat jugak ikan bawal sweet sour ni. Di bawah Ida kongsikan bahan2 & cara2 Ida masak ikan sweet sour ni... my style lah.. orng kt umah ni puji sodappppp.. hahaha.. ala... kalau bukan diaorg yg puji sapa lagi kan.. takkan diri sendiri lak hihihi

Bahan2:

2 ekor ikan bawal - dibersihkan

4 ulas bawang putih - dimayang

2 biji bawang besar -dimayang

3 sudu besar cili kering kisar

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1/2 sudu besar stok ayam pekat maggi

1 batang timun - dibuang pulur & dipotong dadu

1/2 biji mangga - dipotong dadu

5 btg cili padi - dihiris

Gula, garam, ajinomoto - jika perlu

Minyak

Cara2:

1. Ikan dilumur garam & serbuk kunyit dan digoreng sehingga garing. Angkat & toskan minyak. Letakkan di dalam pinggan besar.

2. Panaskan minyak dan goreng bawang putih & bawang besar yang telah dimayang tadi sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Goreng sehingga pecah minyak.

3. Masukkan sos cil, sos tomato, sos tiram & stok ayam pekat. Goreng lagi.

4. Masukkan cili padi, timun serta mangga.

5. Perasakan dgn bahan2 perasa jika perlu.

6. Angkat dan siram kuah ke atas ikan. Hidangkan.

Udang Galah Masak Lemak


Menu berbuka puasa hari ni.. udang galah masak lemak

Sunday, August 16, 2009

Udang Goreng Petai


Lunch semalam.. hari sabtu... masak untuk org2 kt umah ni.. Ida kurang skit petai2 ni.. resepi udang goreng petai resepi main campak2 je hihihi

Boleh refer resepi sambal tumis udang & petai by AlongRoz.. resepi along ni lebih kurang sama la dgn yg Ida campak2 tu :)

Bahan-bahan:

  • Lebih kurang 300g Udang (ikut suka nak guna saiz kecil/besar)
  • 1-3 keping petai - di kopek
  • 4-5 ulas bawang merah kecil
  • 6-7 sudu besar cili kering mesin - bubuh lebih kalau nak lebih sambal/kuah
  • Seketul kecil belacan
  • Sedikit asam jawa
  • 1/2 - 1 biji bawang besar - hiris tebal membulat
  • Garam, gula, pak aji pun boleh

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang & belacan hingga lumat. Campurkan dgn cili mesin. Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing & wangi.
  2. Masukkan petai, udang, bawang besar, garam & gula secukup rasa. (Sape2 yg suka, boleh masukkan Ajinomoto sikit). Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa. Biar sebentar sehingga petai betul2 masak.

Nasi Goreng Tomyam


Dinner mlm tadi.. sedapppp.. nk buat lagi nanti tapi kena lebihkan perencah baru nampak cantik skit kot.. thanks kak hana sudi sharing resepi nasi grg yg best ni.. :)

Kak hana, mintak izin copy/paste resepi yer.. senang nk refer lain kali.. :)
Bahan2:

2 mangkuk nasi
5-6 ekor udang segar
1-2 ekor sotong sederhana - potong ring
200g daging ayam - potong kecil2
4 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - ketuk
3-4 biji cili padi - tumbuk@hiris - klu nk pedas
1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
kubis - hiris kecil2
carrot - hiris memanjang@dadu
tomato - potong dadu
1 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut - racik2
1 biji telur
garam

Cara-cara
1. Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.
2. Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas.
3. Masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.
4. Masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata.
5. Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.
6. Last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah.
7. Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.

Saturday, August 15, 2009

Ketam Berlada


Ni la entry ketam yg pertama kt umah kita ni.. hihihi :)


Ni kuah ketam berlada tu.. Ida asingkan..

Urap Kacang Panjang & Kobis


hello my friends... apa khabar??? lamanye Ida tak mengemas rumah.. ni gara2 berkuarantin kes H1N1 tu.. alhamdulillah, dh sihat... nasib baik terus gi hospital hari tu & makan ubat serta antibiotik.. so tak sempat dia nk melarat.. so nasihat Ida.. kalau rasa je ada kemungkinan simptom2 H1N1 seperti nk sakit tekak, pening2, sakit2 badan (terutama sapa2 yg selalu berjumpa dgn orang ramai).. apatah lagi kalau selsema & demam..jgn tunggu lama2 tau.. terus gi hospital ye..
Okay.. hari ni lepak kt umah my parents.. saja.. hari jumaat kan so masa ni family members semua ada.. kalau tak, jgn harap la nk gather camni.. semua busy dgn kerja masing2.. :) our menu for lunch hari ni ketam berlada & urap kacang panjang & kobis... Ida letak gambar urap kacang panjang & kobis.. nk letak resepi rasanya tak konfiden lagi sbb main campak2 je tu hihihi.. rasa2nya urap tu macam terlebih kelapa parut lak yer.. takpe la.. first time buat tu.. :)
apa2 pun sapa2 yg nk buat kerabu camni ni boleh refer resepi urap jawa kak hana kat MyR..

Friday, August 07, 2009

H1N1???



Ida baru je balik dr hospital.. buat pemeriksaan H1N1 tadi.. balik umah ptg tadi rasa tak sedap padan.. tekak rasa sakit2 & rasa pening2.. bimbang gak terkena H1N1 ni.. lagipun kt universiti Ida jangkitan virus ni dh menular di kalangan pelajar.. ada lecturer yg siap kena kuarantin lagi..

Tengah hari tadi Ida ada jumpa sorang my student from China ni.. kebetulan dia kena selsema.. Ida mintak tolong dia tadi ajar nk pronounce nama2 diaorg tu dgn betul untuk majlis penyampaian sijil diaorg ptg tadi.. kitaorg duduk mmg dekat la.. Ida jugak ada sentuh dia tadi.. bukan sentuh apa.. sentuhan cikgu pada pelajar ok hehehe.. Ida ada tanya dia dh jumpa doktor ke.. dia cakap dh tapi doktor ckp bukan jangkitan virus tu..

Tiba2 ptg tu balik umah terus lain macam.. so my mum suruh pergi hospital.. buat pemeriksaan.. so i went la with my sister.. kt hospital mmg ramai org.. mmg musim org demam la skrg ni.. Ida pun terpaksa pakai topeng tadi..

Doktor cakap suhu badan still ok tapi tekak ada merah2 la.. so dia bagi antibiotik and dua jenis ubat lain.. dia ckp kalau demam gak lepas mkn ubat2 tu kena datang balik.. aduhhh.. nampaknya ida kena kuarantinkan diri la dulu dua tiga hari ni ye.. kalau betul2 H1N1.. naya aku..


Thursday, August 06, 2009

Lam Mee


ni menu semalam.. sorry la ye kengkawan.. comot skit.. keje org tgh malas tu.. hihihi..

Wednesday, August 05, 2009

Asam Rebus Bendi


Tengok resepi simple je.. tapi bila mkn mmg menyelerakan.. Rasanya yg msm2 mmg kena la dgn org yg takde selera.. kalau yg ada selera lagila bertambah2 kot hehehe


Masak asam rebus bendi ni lebih kurang masak ikan singgang.. cuma yg ni dia letak halia & air asam jawa.. Sapa2 yg nk try buat, boleh tengok resepinya kt MyR. Ida dh link kan tu.. thanks tuan punya resepi.. ati_hayat.. sedappp

Tuesday, August 04, 2009

Kembung Masak Sambal


Lamanya tak update blog.. tuan rumah tak gi memana.. ada je cuma selera mkn terbantut skit time bulan mengambang ni hehe.. dia nk mkn benda2 mengarut je.. layan la jugak.. bayangkan tengah hujan ribut sanggup kuar gi beli McDonald's.. siap redah hujan lagi tu hehe :D nasib baik tak demam..

Okla.. selera dh ada skit kot.. tapi nk mkn yg msm2.. mcm org pregnant je aku ni hehe.. so, ida buat ikan kembung masak sambal.. resepi ambik kt umah zaiy .. Thanks zaiy.. selamat berkenalan ye :)


Sunday, August 02, 2009

Award & Tag from HaSue


sueee.. mesti hang tertanya2 kan napa kita baru letak award hang ni... hehe.. dh berkurun hang bagi.. jawapannya.. kalau letak masa hang baru bagi tu tak best la... sbb sana sini tengok org duk tayang award kt umah masing2.. tag hang pun jgn ingat kita lupa tau sue.. hehehe.. so, untuk tag hang tu, Ida jawab kt bawah ni.. mmg challenging betul nk kasi jawapan.. takpe... hang punya pasal.. kita sanggup ;)

1. Bekas kekasih saya adalah:
seorang jejaka hehe

2. Saya sedang mendengar :
bunyi mesin basuh (sy sedang basuh baju skrg ni hehe)

3. Mungkin saya patut :
eat something sebab LAPAR!! hehe

4. Saya suka :
melawa & pakai kasut tumit tinggi 4 inci ke mana2 saja sy pergi.. tak kira la.. pergi pasar ke, kuar depan rumah ke, masa memandu ke.. hehehe sy juga suka senyum & ketawa :)

5. Sahabat-sahabat baik saya :
Tuhan - satu2nya tempat sy bercerita, mengadu masalah, menangis, berkongsi kegembiraan, dll

6. Saya tak faham :
kenapa sy ni susah sangat nk tidur..

7. Saya kehilangan :
nenek saya - orang yg paling sy sayangi pada tahun 2005

8. Ramai yang kata :
saya comel.. hahaha perasan :P (takpe la.. sekali sekala hehe)

9. Makna nama saya :
diketahui oleh abah sy sbb dia yg bagi sy nama ni :)

10. Cinta itu adalah :
buta kot.. hehe

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
mengingati saya.. mesti abah sy tu ;) hehehe

12. Saya akan cuba :
buat yg terbaik

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
forever & ever

14. Telefon bimbit saya :
dah kong! padan muka saya hehe

15. Bila saya terjaga dari tidur :
sy akan tidur balik hahahaha

16. Saya paling meluat bila :
jumpa pengguna2 jalan raya yg selfish

17. Pesta/Parti :
liar semakin berleluasa skrg ni..

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
definitely kucing... selagi tak penyek hidung kucing tu selagi tu saya cubit hahahah

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
masa sekolah menengah.. sy mmg nakal dulu2 hehehe

20. Hari ini :
2 ogos 2009. Sy ada kelas pukul 10 pagi nanti

21. Malam ini saya akan :
siapkan teks untuk satu majlis kt universiti sy pada hari khamis ni.. sy kena jadi mc

23. Saya betul-betul inginkan :
kehidupan yg sederhana tetapi gembira & diberkati tuhan.

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
ada jerawat tumbuh kt dahi.. sy sdg bendera merah skrg ni heheh

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
mesti la pusat membeli belah.. lagi mau tanya heheh.. biar menyesal beli, jgn menyesal tak beli... tu pinjam kata2 kak hazila tu heheh

6. Makanan barat atau Jepun :
western food

27. Bilik yang terang atau gelap :
Bilik gelap - romantik gitu hehe

28. Makanan Segera adalah :
patut dijauhi sbb boleh membuatkan saya gemuk!!

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
ok abah.. (masa abah sy call sy tadi heheh)

30.Siapa yang anda mahu TAG?
sapa ehh... orang yang BACA tag saya ni.. kalau hang baca sue.. hang pun kena jawab sekali lagi tau heheheh :P