Saturday, September 19, 2009

Biskut Chocolate Chips


biskut raya yang ke lima! cadangnya nk buat tart nenas tapi malas nak memarut nenas.. so kita tukar buat biskut chocolate chips.. simple aje! hari tu dh buat menggunakan resepi sis rossya tapi kali ni Ida guna resepi kak nor lak.. sedap juga biskut ni.. tak mains sangat.. tak tawar sangat.. mmg padan2 la.. kalau ada request dari org2 kt umah Ida pasti buat lagi.. untuk kak nor. tuan punya resepi.. tengkiu! :)


Bahan-bahan:

180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds

Cara-cara:

1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.

0 comments:

Post a Comment