Thursday, October 08, 2009

Apam Mentega


Pertama kali Ida cuba resepi apam mentega last year kalau tak silap... apam mentega ni jugak apam pertama yg ida buat.. terus jadi.. sedap lak tu.. so.. mmg happy sesangat.. Malam tadi Ida buat lagi untuk Pot Luck kat universiti.. Puas fikir nak bawak apa.. last2 ida decide buat apam mentega ni.. lain dari yg lain.. hopefully kawan2 suka dgn apam ni.. ;)


Untuk tuan punya resepi apam mentega ni.. kak fiza.. terima kasih kerana sudi berkongsi resepi..

Bahan2 utk gula hangus:

11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega

Bahan2:

1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak besama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara2:

1. Cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
2. Padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
perap selama 1/2 jam.
5. Panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
6. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

5 comments:

Watierman said...

La..Ida...macam apam gula hangus jer...cuma nama jer lain kot..sekarang kan dah banyak adjust resepi agaknya..nanti boleh akak lak try...comelnya apam tu....nak apam2 yeh2x!

Anonymous said...

woww apam cunn

sunkist said...

betul tu kak watie.. apam gula hangus.. hihihi.. dh tuan resepi bagi nama cam tuhh kita pun letak camtu gak la.. :D

sunkist said...

Hi anonymous.. thanks! :)

Anonymous said...

tapi bezanya ada mentega.. mesti lemak2 kan... sedapnyew.. :)

Post a Comment