Wednesday, June 17, 2009

Pla Rad Prik & Kucai Goreng Seafood


Menu lunch hari ni Thai food la pulak.. Pla Rad Prik tu maksudnya ikan goreng dgn sos asam jawa.. ikan goreng ni rasa pedas, masam & manis.. ikan tu kita goreng dulu sampai garing. Angkat & letak dlm pinggan. Kemudian untuk sos plak bawang putih, bawang merah & cili dicincang halus. Tumis bahan2 cincang tadi sehingga naib bau. Masukkan 1 sb asam jawa, sos ikan, gula & sedikit air. Jgn biarkan sos ni terlalu pekat ye. Kemudian boleh angkat dh curah ke atas ikan. Yg paling penting, jgn lupa tabur daun ketumbar.

Bahan2:

1 ekor ikan siakap sederhana besar - dibersihkan & dikelar
1 sb asam jawa
2 sb gula
1 biji bawang merah - dicincang kasar
2 biji bawang putih - dicincang kasar
3 sb daun ketumbar - dicincang halus
2 sb sos ikan
3 biji cili merah - dicincang halus

Cara2:

1. Goreng ikan sehingga garing.
2. Angkat ikan dan letak di atas pinggan.
3. Panaskan 1 sb minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang merah & cili merah yg telah dicincang tadi.
4. Masukkan pula asam jawa, sos ikan, gula dan beberapa sudu air. Kacau sehingga sebati.
5. Jika sos terlalu pekat, tambahkan air. Sos perlu ada rasa pedas, masam & manis.
6. Tuang sos ke atas ikan. Taburkan daun ketumbar. Hidangkan.



Yg ni plak daun kucai digoreng bersama dgn sotong dan udang..

2 comments:

kucingorengemok said...

sbnrnya saya tak brp tau beza ikan 3 rasa, masam manis, sbb rasa mcm sama je. tgk resepi ikan sos asam jawa ni pun lebih kurang je. asal rasa sedap la kaaann... hehe :)

sunkist said...

heheh... betul tu.. asal sedappp dah :D

Post a Comment