Wednesday, June 24, 2009

Khao Man Gai


Ha.. inila dia Khao Man Gai heheh.. ataupun Thai Chicken Rice.. saja letak entry Khao Man Gai kasi suspen skit hehe.. so apa istimewanya Thai Chicken Rice ni? Of course pada dipping sauce & aroma daun ketumbarnya..



Bahan2:
1 ekor ayam
5 cwn beras jasmin
5 biji bawang putih - dihancurkan
3cm halia - dihancurkan
1sb garam
daun ketumbar

Bahan2 untuk sos:
1/2 cwn taucu (yellow bean sauce)
1/2 cwn kicap manis (soy sauce)
1/4 cwn kicap pekat (dark soy sauce)
1/2 cwn palm sugar ( ida guna gula melaka)
1/4 cwn halia muda
1/2 cup bawang putih
6 biji merah - dipotong

Cara2:
1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan ayam. Kemudian masukkan garam. (Ida masukkan jugak kiub ayam & sedikit halia)
2. Bila ayam dah masak, angkat & buangkan lemak2 ayam berlebihan. Potong ayam into well pieces.
3. Basuh beras & letakkan di dalam rice cooker. Masukkan stok ayam, bawang putih & halia. Masak nasi sehingga masak. ( ida letak warna kuning skit supaya nampak ceria skit nk posing kt blog)
4. Untuk sos, kisar cili merah, halia, bawang putih, kicap manis, kicap pekat, yellow bean sauce, palm sugar sehingga halus. Tabur sedikit daun ketumbar kedalam sos
5. Hidangkan nasi bersama ayam, sos & timun. Hiaskan dgn daun ketumbar.
6. Stok ayam tadi boleh juga dihidangkan sebagai sup. Taburkan daun ketumbar.

2 comments:

blogresipi said...

Ayam cicah sos tue mesti best.. mintak sikit :)

sunkist said...

banyak pun takpe heheheh :D

Post a Comment