Masih teringat lagi ketika gi hi-tea kt
Ri-yaz Heritage Resort & Spa, diaorg sediakan vegetable tempura ni.. apa yg ida suka tempura kt sana sgt2 light.. terfikir gak camne diaorg buat sbb teksturnya sungguh halus & ringan.. mesti ada rahsia kan.. cari punya cari jumpa juga akhirnya.. so Ida kongsikan bahan2 & cara2 nya kt sini.. yg dipping sos tu Ida tak buat la ye.. hehe mana nk dapat dashi, mirin, etc kt Trg ni hehehe.. so Ida mkn dgn sos cili & sos thai aje.. lagipun kt Ri-yaz Heritage Resort & Spa tu pun diaorg sedikan dgn sos cili gak..
Ida guna brokolli, bunga kobis & lada benggala saja. Maklumla mkn sorang. Next time boleh try sayur2 lain lak seperti terung, asparagus, bawang besar & dll.
p/s: (click on the image to see larger pic)
Bahan2:
Sayur sayuran seperti brokolli, bunga kobis, lada benggala, terung, bawang besar Holland, asparagus dll (ikut citarasa sendiri) - dipotong agak besar @ ikut citarasa sendiri
250 ml air sejuk (betul2 sejuk)
200 gram tepung serba guna (Ida guna superfine flour)
150 gram tepung jagung
sedikit garam
Cara2:
1. Masukkan tepung serba guna & tepung jagung ke dalam plastik. Ikat kemas2. Sejukkan di dalam freezer untuk meringankan lagi tekstur tepung tersebut. AWAS!! Jangan tepung sampai jadi beku pulak. Cukup sekadar tepung sejuk.
2. Ambik tepung yg telah disejukkan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan garam & sedikit air sejuk serta kacau perlahan2 dengan garfu atau chopstick. Masukkan lagi baki air sejuk tadi dan kacau lagi. AWAS!! jangan terlebih kacau! Cukup sekadar air dan tepung sebati.
3. Panaskan minyak. Gunakan minyak baru. Minyak perlu banyak & pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng. Salut sayur-sayuran yg telah dipotong ke dalam adunan tepung satu persatu. Pastikan seluruh sayur tersebut disaluti.
4. Gorengkan sayur tadi. AWAS!! jangan tekan2 sayur tu ke dalam minyak. Biarkan sayur tu terapung dgn bebas di dalam minyak. Balik2 kan sayur tersebut. Goreng lebih kurang seminit atau sehingga kekuningan.
5. Angkat dan toskan minyak yg berlebihan.