Thursday, July 09, 2009

Fettuccine Alfredo

Apa beza alfredo & Carbonara sauce? Yg Ida tau.. alfredo sauce ni kena guna cheese, butter & heavy cream manakala carbonara lak ada campuran telur, cream & black pepper.. tul ke tu? apa2 pun kita msk apa2 yg kita suka.. ikut selera sendiri.. so, letak je la apa2 yg kita rasa sedap.. betull tak?? hehehe ;)
Bahan2:
Fettuccine
2 sb mentega / marjerin
3 biji bawang putih - dicincang
1 sb tepung gandum
1 cwn susu segar
1/2 cwn keju parmesan - diparut
1/4 sk serbuk lada putih
1/4 cwn daun parsley - dicincang

Cara2:
1. Sediakan fettuccine mengikut arahan pada paket. Masukkan sedikit minyak dan garam. Kalau nk menggunakan marjerin untuk sos nya nanti tak payah masukkan garam sbb marherin dh masin. Angkat dan toskan fettuccine.
2. Cairkan mentega/marjerin di dalam saucepan. Masukkan bawang putih. Kacau selama lebih kurang 1 minit.
3. Masukkan tepung gandum. Selepas itu, tuang susu perlahan2.
4. Masak sehingga sos menjadi pekat. Kacau dgn kerap untuk mengelakkan sos hangus.
5. Masukkan keju dan serbuk lada putih. Masak sehingga cair.
6. Tuang sos di atas fettuccine. Tabur dgn daun parsley.

2 comments:

blogresipi said...

Cheezy meezy macam nie nampak best nye... betul tue, campak jer apa yg kite rasa sedap.pastu taruk nama sendirik.hehehe...

sunkist said...

hehe.. betul tu... kalau msk ni, kadang2 campak2 lagi sedap dari ikut resepi heheh

Post a Comment