Friday, October 09, 2009

Mee Ladna Seafood


Bahan2:

100 gram mee kuning
1 sb minyak sayuran
1 sb kicap pekat
isi sotong & udang
1 sb tepung jagung
sayur-sayuran seperti bunga kobis, baby corn, carrot, dll
2 ulas bawang putih - dicincang kasar
1 cawan stok ayam
1 sb sos ikan
1 sb sos tiram
gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper

Cara-cara
1. Gaulkan isi sotong & udang sedikit tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.
2. Di dalam mangkuk, gaulkan mee kuning dengan minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan isi udang & sotong yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan sayur-sayuran, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas mee tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper.

6 comments:

geraugebang said...

Sangatlah sesueynya kaler-kaler dalam mee tu ngan bunga pinggan.

eiyna said...

wah...rajinnyer kak.mee ladna, mee grg basah ghuper lbhkureng je kan.rasa xtau laa.xpnh makan lg.bila tgk mee kak mula laa dok teringin pulak nk mkn.nk laa sepinggan.hihihi.....

sunkist said...

pinggan baru beli tu hihihi..tu yg tak sabar2 nak tayang tuhh heheheh :D

sunkist said...

hai eiyna... mee ladna ni masakan org siam.. rasanya tak sama dgn mee goreng basah.. cuba la dik.. mana tau.. kena dgn selera! :)

blogresipi said...

Manyak betul stok sutun kat umah dia... geram la tengok!!!

sunkist said...

hai ijan.. stok sotong dh habiss! tak payah geram2 lagikk!! :D

Post a Comment