Tuesday, October 06, 2009

Mee Goreng Mamak Simple


I was craving mee goreng mamak so I when found this Mee Goreng Mamak recipe I was stunned to see how simple it looked. I loved it!

Bahan2:

500g mee kuning (basuh dgn air panas)
isi ayam (dipotong kecil), udang atau sotong
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji telur ayam
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
sedikit kicap masin
2 keping tauhu - dihiris dan digoreng hingga garing
2 sudu besar air
2 tangkai sayur sawi
3 sudu besar minyak untuk menumis
3 biji lada kering (direndam air panas) *
1 ulas bawang putih *
2 butir bawang merah kecil *
Setengah cm halia *
*dikisar halus

Cara2:

1. Panaskan kuali.
2. Goreng bawang putih hingga berbau.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing(keluar minyak).
4. Masukkan isi ayam, udang atau sotong. Goreng lagi. Masukkan tauhu yg telah siap digoreng tadi.
5. Tambah sos tomato, kicap manis, kicap pekat & kicap masin serta sedikit air. Kacau rata.
6. Masukkan mee kuning. Kacau hingga sebati. Kuatkan api.
7. Masukkan telur ayam. Biarkan sekejap sebelum dikacau hingga agak kering.
8. Masukkan sayur sawi & serbuk lada sulah. Kacau hingga sebati.
9. Tutup api dan hidangkan bersama timun & perahkan air limau kasturi.



4 comments:

Watierman said...

Sedapnya Ida....memang nampak ciri2 kemamakannya...tapi mesti perut akak boleh terima kalau mami Ida yang gorengkan...hihihi...marah mamak pada akak...org ni nak cari gaduh ka??? Sori yer mamak no offense!!

blogresipi said...

Aduusss... manyaknye aksesori dlm mee tuh! sungguh mengancam. Kalo ade depan mate ni hilang pantang i.heheh

sunkist said...

amboiii ciri2 kemamakan? mesti sbb kaler dia hitam... hihihi.. kalau mee tu kaler putih.. ciri2 apa lak tu kak watie?? ampooonnn :D

sunkist said...

sabo ijan.. pantang dulu.. biar kita je tolong makan untuk ijan heheheh :D masak sendiri ni puas hati dpt letak aksesori banyak2.. :)

Post a Comment