Saturday, October 10, 2009

Maggi Goreng Pedas


Hari ni Ida try masak maggi goreng untuk lunch merangkap dinner sekaligus.. ambik resepi kt umah love2cook.. patut ler ur hubby suka sgt2 maggi goreng ni ye my fren.. mmg sedap! kita yg kurang suka maggi pun leh makan sampai habis.. tak cukup lak tu hahaha.. I liked it, thanks a lot my fren ;)

Bahan-bahan:

2 bungkus Maggi (celurkan dlm air yang sudah mendidih, dah lembut..toskan)
4 bawang merah (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu besar penuh cili kering kisar/ cili boh
2 biji telur
2 ketul tauhu (potong dadu dan digorengkan terlebih dahulu...tabur sedikit garam ketika menggorengnya)
sayur (boleh guna sawi/ kubis)
kicap cair
4 tangkai cili padi (optional)
1 peket perencah kari Maggi
daun bawang (potong kecil2)
minyak masak


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Pecahkan telur, tuang kicap cair dan kacau hingga telur masak.
4. Tambahkan sayur, cili padi dan tauhu. Kacau rata.
5. Masukkan maggi mi dan perencah kari maggi. Gaul sebati.
6. Pastikan maggi goreng anda cukup rasa...kalau tak cukup tambah kicap cair aje.
7. Dah siap, taburkan daun bawang di atasnya. Sedia dihidang...!
***Jika x mahu maggi hancur ketika menggaul, buat perlahan2...ataupun gunakan 2 garfu dan gaul.

9 comments:

IMCurtain said...

Salam sejahtera,

Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami.

Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!

HaSue said...

Testing2..(hrp tembus laa nih kang)

Dulu2 hubby kite suka masak megi cara gini..hihi.kite lak baru tau org msk gini dr hb laa..jakun tul..hekk..
lnkali lh try resepi love nih lak..msti terangkat ponggong time makan ek..hihi

blogresipi said...

Nie style mee goreng mamak nie... bestnye!!! order sepinggan!!! heheh

sunkist said...

try ler sue.. rasa2ya anak2 hang suka kot.. tapi kurangkan ler pedas skit... yg kita punya tu versi kurang pedas.. kalau yg love punya baru terangkat sueee! ;)

sunkist said...

ijan.. ntah ler tetiba sejak dua menjak ni nak makan yg ada perisa curry jekk.. selama ni mmg tak suka.. nk kata mengandung.. jauh panggang dari api hihihi.. :D

Anonymous said...

cdapnye megi grg...................

Anonymous said...

Woww! Looks tasty! Why don't you submit your recipe here http://www.maggi.com.my/myway/ :) I'm sure you will win!

sunkist said...

hi.. mmg sedap maggi goreng tu.. kena cuba tau!

sunkist said...

hi.. thanks for the idea! insya allah, i'll submit one! :D

Post a Comment