Monday, September 14, 2009

Kerutuk Ayam Terengganu


Bahan A (dikisar):

20 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
15 tangkai cili kering

Bahan B:

2kg ayam
100gm rempah kerutuk Terengganu
sedikit kerisik
2 labu bawang besar - dibelah 4
1 biji kelapa - ambil santan pekat
2 batang serai - dititik
4 sb air asam jawa
sedikit rempah 4 sekawan
1/4 nisan @ 3 sudu gula
sedikit belacan, garam & bahan perasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan hingga naik aroma.
2. Masukkan bahan A. Kacau hingga garing.
3. Masukkan rempah kerutuk dan kacau hingga sebatu.
4. Masukkan air asam jawa, belacan, nisan @ gula dan serai.
5. Masukkan ayam dan biarkan mendidih / ayam empuk.
6. Masukkan santan pekat, bawang besar, garam & serbuk perasa.
7. Matikan api & hidangkan.

Daging Blackpepper


cuba resepi kak nor lagi hari ni.. kali ni daging blackpepper lak.. sedappp.. semua family members suka.. tak sia2 mencuba.. thanks kak nor.. tapi Ida buat terkering sikit.. next time Ida try buat berkuah la plak..

Bahan-bahan:

500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara-cara :

1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Sunday, September 13, 2009

Kerabu Taugeh & Kacang Panjang



tengok kerabu taugeh & kacang panjang ni kat umah dayangjack terus kecur liur... aduss tergugat iman.. heheh.. apa lagi kita try la.. wajib try ni tau kengkawan.. thanks dayang.. happy belated birthday yg ke.... dot dot dot. ( ida tau umur dayang hehehe ;))

Siakap Bakar Tomyam


ikan siakap lagi.. semalam buat siakap goreng bercili & mangga.. hari ni try siakap bakar tomyam lak.. ikan siakap ni mmg ikan favorite.. tapi kena siakap laut la.. siakap sungai kurang suka skit.. resepi ambik kat umah kak hana.. tapi resepi asal dari buku masakan chef hanieliza..
Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil

Bahan Kisar:

2 biji cili merah
3 biji cili api
3 batang serai (ambil bahagian putihnya)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak:

1. Gaulkan semua bahan yang dikisar serta pes tomyam dan tuangkan ke dalam alluminium foil. (*jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya dah masin)
2. Letakkan ikan, daun limau purut dan tomato. Kemudian bungkus kemas ikan tersebut.
3. Letakkan di dalam kuali (non-stick pan) dan bakar di atas api sederhana selama 30 minit.
4. Tutup api dan perah air nipis/kasturi semasa menghidang.

Udang Blackpepper


Lauk untuk berbuka hari ni mmg banyak.. terajin masak skit hari ni hehehe.. salah satunya udang blackpepper ni.. resepi dari idola Ida.. kak nor... resepi asal kak nor udang blackpepper & brokoli tapi kt umah ni takde brokoli.. so tak letak la.. thanks kak nor.. tak sabar nak merasa :)

Saturday, September 12, 2009

Salad Terung Grill


Pun buat juga akhirnya.. :) resepi ambik kt umah kak hazila jugak.. tapi salad terung grill ni berkenan nk buat masa tengok kat umah kak nor & ika..

Bahan2:

2 batang terung panjang ( Ida guna terung bulat)
1 biji telur ~ direbus ( Ida tak letak.. sbb malas hehe)
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina/daun ketumbar

Cara-cara:

1. Gril terung hingga wangi. Letak atas piring.
2. Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)3. Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.Hias dgn telur rebus.


Siakap Goreng Bercili & Mangga


Dh lama berkenan resepi siakap goreng bercili & mangga ni actually masa jalan2 kt umah kak hazila tapi belum sampai seru lagi nak buat.. nk dijadikan cerita mangga depan umah ida tu berbuah lagi ( mmg kerap pokok tu berbuah.. ida pun tak tahu nk buat apa hehehe) so jadi jugak buat ikan ni akhirnya.. looks tempting rite?? karang berbuka baru leh rasa.. :) thanks kak zila..



Bahan Bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
4 ulas bawang putih
4 biji cili padi
3 camca besar sos cili thai
1 biji mangga muda - diparut
Sedikit lobak merah - diparut
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan
Sedikit air1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
Cara cara:

1. Ikan siakap dicuci bersih dan diletak garam kunyit dan digoreng garing. Ketepikan.
2. Bawang putih dikisar lumat dan cili padi di hiris nipis.
3. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau, masukkan sos cili thai dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
4. Letakkan ikan di dalam serving plate, tuangkan kuah ke atas ikan tadi.
5. Gaulkan mangga muda,lobak merah dan bawang besar. Letakkan diatas ikan dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
6. Sedap dinikmati dengan nasi panas.