Friday, October 09, 2009

Sotong Kandaq


mesti kawan2 tertanya -tanya knp kat umah ida ni byk sgt menu sotong sejak dua tiga hari ni.. ha, jawapannya tuan umah sdg mengidam sotonggg walaupun tak pregnant dan tak pernah merasa berpregnant hehehe.. dah mengidam, layan gak la.. kalau malas nk masak, beli yg siap ake.. abih cerite! ;)
wokey, kali nih ida try resepi sotong kandaq.. resepi ni ida ambik kt umah ieta.. mmg simple betul resepinya.. tu yg berkenan nak buat tu.. skrg ni mcm dh malas nk masak yg susah2.. nk yg simple2 aje.. janji sedap!
ieta, ada rupa sotong kandaq ke tu?cam termerah aje.. terlebih cili kot tapi rasanya sedap. Ida suka! Ida copy n paste resepi ni ye ieta.. untuk rujukan pd masa akan datang :)
Bahan2:

600 grm sotong
seinci halia*
sebatang serai*
3 atau 4 biji merah*
5 atau 6 tangkai cili kering[klu suka pedas lebihkan]*
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 camca besar rempah kari daging
garam,gula@ serbuk perasa

Cara2:

1. Sotong dibersihkan dan dikelar2[klu nk guna ayam pun boleh]klu ayam gaul dengan garam,kunyit dan sedikit sos tiram dan goreng separuh masak.
2. Blend bahan2 yg bertanda* sehingga sebati.
3. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yg di blend tadi bersama rempah kari. Biar sehingga pecah minyak.
4. kemudian masukkan sotong @ ayam yg siap di goreng td. Akhir sekali masukkan garam,gula@ serbuk perasa. Sesuaikan rasanya.
5. Sesuai dimakan bersama dgn nasi putih & nasi minyak.

3 comments:

Anonymous said...

Lor..mengidam ye..patut la tiap2 hari gambar sutun ni jer.hehe... takpe2 mengidam kena makan... kalo byk sgt lebih sotong kandar tuh pos le kat i sekor dua.hehhe

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Kami ingin menjemput anda menyertai komuniti blogger bagi mempromosikan blog anda secara PERCUMA di laman web kami. Jom berkenalan dengan blogger-blogger terkemuka dan berkongsi tips dengan mereka.

Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya.

Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!

sunkist said...

aikkk.. org berpantang leh mkn sotong ke? leh je nk pos tu.. tapi mr faiz la yg boleh ngap nanti kot.. hehehe

Post a Comment