Wednesday, September 02, 2009

Nasi Ayam Ipoh


sedap nasi ayam ni.. 2 thumbs up.. kena dgn taste! MUST TRY! Thanks quinnie :) sup, sambal cili & sambal kicap tak sempat nak snap heheh.. sorry ye kengkawan

Bahan-bahan:

*BAHAN NASI*
4 mug beras4 1/2 mug air rebusan ayam2 inci halia*3 biji bawang putih*3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)1 sudu besar minyak bijan2 sudu besar sos tiram2 helai daun pandan4 sudu mentega

*BAHAN AYAM*
1 ekor ayam3 biji bawang putih*1 inci halia*3 sudu besar kicap lemak manis2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

*BAHAN SUP*
air secukupnya4 bawang putih diketuk3 inci halia di hiris3 helai batang bawang1 biji sengkuang dipotong dadu1 sudu besar serbuk lada sulah

*BAHAN CILI*
10/15 biji cili burung6 biji cili merahsedikit halia (ambik dari rebusan)5/6 biji bawang putih1 biji limau kasturi/nipissedikit air dari air rebusan ayamgaram n gula secukupnya

*BAHAN KICAP*
5 biji cili burungsedikit halia (ambik dari rebusan)4/5 biji bawang putihkicap secukupnyaair rebusan ayam secukupnyatepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

*BAHAN TAMBAHAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun


Cara-cara :

1. Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
2. Cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
3. Penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
4. Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
5. Cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
6.Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

0 comments:

Post a Comment