Tuesday, September 08, 2009

Milky Marble Cake

Whoaaa... lamanya tak membaking... skill pun dah hilang.. tengok la kek kita ni... burukkk nyee... nak makan pun tak lalu.. heheh.. mmg tak leh challenge yang ana punya la.. kalau ana punya macam kuda belang kita punya macam apa kuda ehh? heheh.. hmm kena practice lagi sampai betul2 jadi cantik.. :)

Bahan-bahan :
250gm butter
230gm gula caster
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco

Cara-cara :
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja, satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.


0 comments:

Post a Comment