Thursday, September 17, 2009

Biskut Bunga Cina


Kalau orang lain dah buat berpuluh2 jenis kuih raya.. Ida baru aje sudah satu.. hehe.. sebabnya malesss nak buat.. hihihi tunggu cuti dulu baru lah leh buat.. so tak lah stress sangat.. Ida dera 2 orang adik lelaki Ida buat biskut raya tadi.. padan muka diaorg hahahah..

Untuk biskut raya yang pertama Ida try biskut bunga cina.. resepi dari idola masakan ida.. sapa lagi.. kalau bukan kak nor... mmg best lah... cuma biskut ni manis sikit bagi Ida.. maklumla mengikut kata kak nor.. biskut ni biskut orang dulu2.. tu yang manis skit tu... so, sapa2 yg teringin mencuba tapi tak suka manis2 boleh lah kurangkan gula dalam 70gram.. untuk satu adunan tu Ida dapat lebih kurang 80 biji.. okla tu.. ;)

Resepi kak nor ni ida ambik kat umah kak hana.. pergi MyR tak boleh bukak.. selongkar kat umah kak hana nasib baik ada.. thanks kak hana :) dan tak lupa juga untuk kak nor.. tuan punya resepi.. terima kasih kerana sudi kongsi yg best2.. pasni, esok atau lusa Ida cuba biskut chocolate chips kak nor lak.. :)

Bahan-bahan:

100gm mentega/marjerin
90gm gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara :

1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
3. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
4. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
5. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

0 comments:

Post a Comment