Friday, August 07, 2009

H1N1???



Ida baru je balik dr hospital.. buat pemeriksaan H1N1 tadi.. balik umah ptg tadi rasa tak sedap padan.. tekak rasa sakit2 & rasa pening2.. bimbang gak terkena H1N1 ni.. lagipun kt universiti Ida jangkitan virus ni dh menular di kalangan pelajar.. ada lecturer yg siap kena kuarantin lagi..

Tengah hari tadi Ida ada jumpa sorang my student from China ni.. kebetulan dia kena selsema.. Ida mintak tolong dia tadi ajar nk pronounce nama2 diaorg tu dgn betul untuk majlis penyampaian sijil diaorg ptg tadi.. kitaorg duduk mmg dekat la.. Ida jugak ada sentuh dia tadi.. bukan sentuh apa.. sentuhan cikgu pada pelajar ok hehehe.. Ida ada tanya dia dh jumpa doktor ke.. dia cakap dh tapi doktor ckp bukan jangkitan virus tu..

Tiba2 ptg tu balik umah terus lain macam.. so my mum suruh pergi hospital.. buat pemeriksaan.. so i went la with my sister.. kt hospital mmg ramai org.. mmg musim org demam la skrg ni.. Ida pun terpaksa pakai topeng tadi..

Doktor cakap suhu badan still ok tapi tekak ada merah2 la.. so dia bagi antibiotik and dua jenis ubat lain.. dia ckp kalau demam gak lepas mkn ubat2 tu kena datang balik.. aduhhh.. nampaknya ida kena kuarantinkan diri la dulu dua tiga hari ni ye.. kalau betul2 H1N1.. naya aku..


0 comments:

Post a Comment